GLA SHAKLEE: ATASI MASALAH HAID

Leave a Comment
Kebanyakan GLA (Gamma-linolenic asid) yang terdapat di pasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO). Sebenarnya, GLA lah yang menyebabkan EPO begitu digemari oleh kaum wanita kerana dapat menyelesaikan masalah hormon wanita terutamanya dalam atasi masalah haid, iaitu dari segi kitaran haid atau PMS. Sedikit tambahan, sebenarnya GLA bukan sahaja untuk wanita malahan boleh diambil oleh lelaki, remaja juga kanak-kanak (sila rujuk SID anda untuk ketahui dosage).

GLA Shaklee diesktrak dari borage yang mengandungi lebih 2 kali ganda GLA yang terdapat dalam EPO. Borage juga adalah mempunyai bioavailabiliti lebih 3 kali dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Lebih istimewa lagi GLA shaklee adalah 100% semulajadi.

Shaklee Promo GLA
PROMO JULAI: BUY 6 FREE 1 GLA.
Nak beli 1 pun boleh... harga terbaik!

Setiap kapsul GLA mengandungi lebih 300mg GLA yang mana merupakan sumber terbaik Omega 6. Istimewanya sebab ia digabungkan dengan minyak bunga matahari dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanannya. Bioavailabilitinya pula dibuktikan secara kritikal dimana ianya mampu menyerap secara maksimum ke dalam sel dan tisu. Hebat bukan?

Antara manfaat UTAMA GLA Shaklee:-

★ Mengawal dan menstabilkan hormon estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal hormon, atasi masalah PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

★ Melambatkan monopous - mengurangkan gejala monopous seperti hot falshes, ketidakhadaman, depresi atau insomnia. Jika diambil secara berpanjangan GLA membantu dalam melambatkan penuaan, mengetatkan uterus dan tone kulit yang lebih muda.

★ Memperbaiki prostatomegaly - memperbaiki prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

★ Menentang cancer - GLA sebagai anti-oksiden yang menghalang pertumbuhan sel kanser dan meningkatkan sistem imun.

★ Memperbaiki inflamasi kulit - membantu dalam mengatasi elergi, eczema, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan seperti jeragat, mengurangkan inflamasi kulit dan mengurangkan sakit dan bengkak akibat artritis. 

★ Menghalang komplikasi diabetes - merendahkan aras gula, meringankan kebas dan kesakitan disebabkan aras gula yang tinggi.

★ Pelansingan dan menghalang  pertambahan berat badan - menghalang penambahan berat badan dengan berkesan , membantu dalam pembentukan shape badan yang cantik dan merendahkan kolestrol jahat.

★ Menghalang tekanan darah tinggi - meransang peredaran darah yang lancar, halang pembekuan darah, menormalkan tekanan darah dan elak masalah sakit jantung.

★ Memperbaiki struktur rambut - mengatasi masalah rambut kering dan keguguran rambut.

GLA perlu diambil semasa perut kosong untuk mengelakkan keasiden hiper ataupun gastrik.

Agak-agak anda berminat tak untuk try? Tak rugi mencuba... dan jangan ragu-ragu sebab shaklee adalah antara pembekal supplement semulajadi terbaik dunia. Malahan pelbagai research dijalankan ke atas produk sebelum dipasarkan serta diterbitkan di dalam pelbagai jurnal. Bukan self claim semata-mata hokey.. thats why ramai pengguna mendapat manfaat dari vitamin-vitamin shaklee..

Ok lah, if berminat bole contact sy ya..

☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆ 
♡ Whatsapp: 0138633224 (untuk reply pantas)
♡ Email: aya.shaklee@gmail.com
♡ FB Page: www.facebook.com/mylittlemomo
Read More

TESTIMONIAL SET MENGANDUNG SHAKLEE

Leave a Comment
Set Mengandung Shaklee semakin popular. Kenapa popular? sebab mommy-mommy moden dah tau bezakan vitamin sintetik dan vitamin semulajadi, dah tahu nak pilih buah pisang sebenar atau plastik.. mestilah nak buah sebenarkan.. nutrisi terjaga dan selamat dimakan. Begitu juga dengan vitamin shaklee.. 100% semulajadi, halal dan yang paling best sebab berkesan. Bestkan?

So, hari ini, memandangkan saya suka tengok muka baby comey ni, jadi, saya nak kongsikan testimonial mommy dia yang mana beliau telah mengambil Set Mengandung/Kehamilan Shaklee. Yang bestnya bila baca testimonial ni, ada beberapa perkara yang menarik... mungkin kebetulan, tapi tak mustahil terjadi kerana pengambilan vitamin yang konsisten... 

Apa kata beliau:-
1. Mudah bersalin 
2. Pas bersalin susu ibu dah ada! (Bestnyaaa!!)
3. Baby putih melepak... (ni sy sll baca dlm testi mommy yg konsisten amik esp)

Alhamdulillah!

+++++++++++++++++++++++
TESTIMONIAL SET KEHAMILAN SHAKLEE
Baby dia SANGAT comel hokey... <3<3<3

Testimonial daripada Puan E*** N*****

"Salam .. saja nak share pengalaman consume set kehamilan shaklee , sy pregnant anak pertama dan saya x tau perbezaan antara yg consume dan tak consume shaklee, tp mase bersalin hari tu sy kene induce, mmg senang sebab x smpi 2 jam rase sakit dah bersalin, doc dengan sister sendiri bg tau yg saya senang bersalin, nk kata rse sakit bersalin tu lagi sakit rase sembelit .. x sakit sgt la kot.. sebb klu dgr cerita kawan2 semua ngeri2, lepas bersalin nurse suruh susu kan baby. Alhamdulillah susu ade.. anak 1st org kata susu susah nak keluar tp sy ok..sambil menyusu ade nurse tu bg tau bersih anak awak.. putih.. yg ni x leh nak komen jugak sebb sy rase baby mmg keluar putih kan? Bab yg bersih tu lg la sy x tau bersih dr segi ape.. skrg ni nk bg baby menyusu pun x boleh leka takut baby tersedak, banyk kali da minum smpi trbatuk2 dia, susu laju sgt.. kesian.. dan hari ni harike 14 berpntng dan sy terus consume pulak set berpantang add on lecithin.. harap2 boleh kurus balik ;)"

+++++++++++++++++++++++

So, mommy yang nak baby comey lote macam di atas bole la try Set Mengandung Shaklee. Harga memang sangat berbaloi dan sebotol shaklee tu tahan bukan sebulan, tapi 4 bulan. Tak percaya? Ce PM saya.. hehehe...

K la, dah nak balik. Jom balik memasak tuk berbuka.. :)

___________________________________________

 

Untuk order klik sini:


Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:
Aya Chalo | ID: 889835 

Call/SMS/Whatsapp 013-8633224
Email: aya.shaklee@gmail.com
OR
Add sy sebagai Friend di FB Aya Chalo

Read More

TESTIMONIAL GLA SHAKLEE

1 comment

Sempena bulan Promo GLA Shaklee ni, meh i kongsikan beberapa testimonial GLA Shaklee. Bole baca, manalah tau sama situasi dengan cik akak sekalian, boleh la try untuk selesaikan masalah cik akak... lagipun inilah masa paling sesuai untuk mencuba memandangkan bulan ni promo GLA shaklee kan, bila lagi nak try dengan harga yang berbaloi-baloi kata orang... layanzz...

++++++++++++++++++++++++

Testimonial 1:

Pengguna ni sangat berpuas hati dengan GLA Shaklee kerana datang period setelah 6 bulan tak period. Sebenarnya agak biasa terjadi situasi macam ni bagi ibu-ibu yang fully breasfeed baby... but sumtimes, kita rasa takut gak, manalah tau terus lekatkan.. so better makan GLA untuk stabilkan hormon.

TESTIMONIAL GLA SHAKLEE 1

"Saya nak berkongsi testimoni saya sendiri yang sangat berpuas hati dengan GLA Complex Shaklee. Anak saya Iman Zikir kini berusia 1tahun 3bulan. Selepas nifas, saya ada period 3-4x sahaja. Saya fully breastfeed Iman Zikir. Ramai yang cakap normal untuk ibu yang menyusukan baby. Tapi risau juga dalam hati saya ni. Sehingga bulan lepas saya langsung tak period. Kiranya saya tak period lebih dari 6bulan. Risau juga kalau-kalau hamil. Banyak kali test kehamilan, tetapi tak hamil. Sepanjang bulan lepas saya konsisten makan GLA Complex selama sebulan. Alangkah terkejutnya saya 30/6 saya period. Suami pun terkejut. Tak sangka pula bulan ini promo GLA Complex. Kebetulan betul. Selepas ini perlulah kami suami isteri berhati-hati. Tamat period..masa subur seorang isteri ^____^ Alhamdulillah...segalanya dengan izin Allah. Saya ikhtiar untuk miliki taraf kesihatan yang baik."



Testimonial 2:

Ini pula testimonial pengguna yang mengalami Cyst. Cyst berjaya mengecut dan yang best sekali sebab beliau berjaya pregnant!! Alhamdulillah....

TESTIMONIAL GLA SHAKLEE 2

"As salam, ingin b’kongsi KEGEMBIRAAN member satu opis ni, Dia dah 6 tahun berkahwin dan 2 kali keguguran PUNCANYA adalah CYSTS, CYSTS ni dapat di kesan dgn saiz 9.7cm. Alhamdulillah selepas 6 bulan CYSTS mengecil dan terus mengecil dan kini CYSTS tu dah tiada ZERO (0), AJAIBKAN Berkat pengambilan 2 botol GLA secara konsistant dan juga mengamalkan DIET KARBOHIDRAT.Sekarang member dah pregnant 5 minggu, Happy sangat-sangat. Marilah kita sama-sama mendoakan agar Member ngn baby sihat dan selamat, tak sabar Abg HAKIMI & Adik AMANY nk tunggu kawan baru ni dijangka pertengahan hujung tahun ni."


Testimonial 3:

Puan ni pula sangat happy sebab periodnya dah teratur and no more PMS :)

TESTIMONIAL GLA SHAKLEE 3

"My period juz around the corner. Mcmana saya tau...? Sekarang period amat teratur, sharp on time. Klu dulu jgn harap la... hari sepatutnya ia dtg, kekadang smggu, 2 mggu, 3 mggu lepas tu pun belom tentu lg... 2 bulan sekali biasa la. Sekali klu dia mai, sakit guling2. Mesti berkurung seharian kat umah bertungku dgn air panas (letak dlm mmineral botol tambah skit air sejuk). Alhamdulilah...semua tu dah xde. Semua kerana penangan GLA COMPLEX. Aktiviti berjalan seperti biasa wp datang bulan. Mgkn ada yg merungut dalam hati...hishh apa cite period kat sini? Tp ingat, jgn ambil mudah mslh irregular period sbb ianya boleh mendatngkan kesan2 negetif dlm masa jangka panjang. Masih belum terlambat..."


Testimonial 4:

Mengalami masalah period pain dan kitaran haid yang panjang menyukarkan beliau hamil. Kini, setelah mengamalkan GLA Shaklee, alhamdulillah, masalah selesai dan juga yang paling menggembirakan beliau berjaya HAMIL. Kita hanya mampu berusaha, Allah jua yang mengizinkan. Feel happy for her :)

TESTIMONIAL GLA SHAKLEE 4

"Asslm.. Just nk share experience.. Sy start consume GLA complex on January 2013 sbb ada masalah period pain & cycle period panjang. Sy dah kahwin lebih kurang 4thn 6bln. Baru2 ni sy check upt +ve. Dr ckp dah 6weeks.. Doakan sy selamat bersalin.. "


Testimonial 5:

Period tak datang selama 17 bulan WALAUPUN tak Fully BF? Fuhh.. kedengaran agak menakutkan. Akhirnya setelah consume GLA beliau telah pun berjaya period... yezza, no more worries.



"Pengalaman sendiri. Semenjak lahirkan anak pada bulan November 2011 dulu saya x dtg period sampai sekarang lebih kurang 17 bulan walaupun anak x fully bf. Mula ingat perkara biasa walaupun anak sebelum ni xpernah lambat macam ni. Tp bila dah lama macam ni mula risau sbb badan rasa xsedap dan perut rasa buncit jer bila x period ni. So, saya try la consume GLA Complex dgn tujuan untuk betulkan hormone. Amazingly, hari ketiga consume keluar keputihan yg banyak (mgkin sebelum ni tersumbat kot) dan hari kelima darah period saya keluar. Alhamdulillah. Saya bertambah cinta dengan Shaklee"

++++++++++++++++++++++++

So, ladies... ada nak mencuba tak? Promo akan berakhir 31 Julai ni... rugi tau tak mencuba.
 Harga pun tidak la semahal mana... mahal lagi kot EPO kat farmasi tu. hehe... contact saya if nak tanya2.. i ok jer... :)
___________________________________________

 



Untuk order klik sini:



Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Aya Chalo | ID: 889835 | Call/SMS/Whatsapp/Viber 013-8633224

Email: aya.shaklee@gmail.com


OR
Add sy sebagai Friend di FB Aya Chalo
Read More

ANEMIA SEMASA HAMIL

2 comments
Hari ni saya terpanggil untuk berkongsi tentang masalah Anemia semasa hamil ataupun kita selalu sebut "low Hb" ataupun kurang darah. Hari ni ada 2 orang customer bertanya tentang masalah anemia ini. Ya, memang "keadaan" ni agak biasa terjadi kepada ibu-ibu mengandung di luar sana dan ianya sungguh berbahaya...

Ok lah. Jom kita ketahui apakah Anemia ni. Anemia ni satu keadaan dimana berlaku kekurangan darah merah atau hemoglobin (Hb) yang sering kali terjadi ke atas ibu hamil. Kenapa anemia ni terjadi? Anemia ni terjadi sebab ibu hamil kekurangan zat besi. Zat besi pula sangat penting dalam pembentukan hemoglobin.


Anemia semasa hamil
Sumber: Google

Mengapa Hemoglabin penting semasa hamil?

# Fasa Kehamilan Kurang 20 Minggu
Normal Hb penting dalam pembentukan ORGAN bayi. Semasa fasa kehamilan kurang dari 20 minggu, bayi akan mengalami fasa pembentukan organ seperti jantung, kepala, kaki, otak dan lain-lain organ. JIKA, kepekatan Hb rendah, iaitu dibawah 11g/dl, maka, risiko-risiko ini kemungkinan terjadi kepada ibu, iaitu:-

1. Jantung tidak terbentuk dengan sempurna dan denyutan tidak normal
2. Tangan dan kaki tidak lengkap
3. Pembentukan otak bayi terganggu

Kesannya, bayi boleh gugur dari kandungan atau bayi mengalami kecacatan. Thats why fasa ini sangaaaattt penting untuk mempunyai kepekatan hemoglobin yang mencukupi.

#Fasa Kehamilan 20 - 28 Minggu
Pada fasa ini, organ bayi telah semakin sempurna, namun, jika kepekatan darah sangat rendah, ia akan mengakibatkan jantung bayi bekerja lebih kuat dan ahkirnya boleh menyebabkan kematian bayi di dalam kandungan. Nauzubillah...

#Fasa Kehamilan 28 - 40 Minggu
Sifat bayi pada fasa ini telah sempurna namun masih lagi bergantung kepada kepekatan darah merah. Jika Hb masih rendah iaitu dibawah 9g/dl. Keadaan ini juga boleh menyebabkan jantung bayi bekerja keras dan jika bayi masih bertahan, kemungkinan besar bayi yang dilahirkan kurang berat badan, atau lebih teruk boleh mengakibatkan jantung terhenti dan menyebabkan kematian bayi. 

Bagaikan mimpi ngeri bukan?

So, bagaimana hendak meningkatkan bacaan Hb? 
1. Makan makanan tinggi zat besi seperti jagung, daging lembu, telur, badam, kentang, susu tenusu, yogurt, kacang tanah dan kacang hijau.
2. Makan makanan laut seperti kerang-kerangan, ikan bilis atau hati ayam
3. Makan vitamin zat besi yang diberikan oleh doktor
4. Buah-buahan: kismis, plum, aprikot, blueberry dan ceri
5. Suntikan zat besi ke dalam badan (sakit woooo)
6. Tambah darah (mungkin wujud komplikasi lain sebab darah orang lain masuk ke dalam badan kita), tak mau kan?

Baiklah, dah tahu sikit-sikit tentang anemia kan? So, berapa pula bacaan NORMAL Hb untuk ibu hamil?
Jawapannya adalah, bacaan Hb normal bagi ibu hamil adalah sekitar 11g/dl - 12g/dl. 

Cara MUDAH untuk naikkan bacaan HB selain di atas
Alternatif selain daripada cara meningkatkan bacaan Hb diatas, mommy-mommy boleh mencuba mengambil Set Mengandung Shaklee. Kenapa saya cadangkan mengambil set ini, sebab ianya telah lengkap dan yang paling penting ianya diperbuat daripada bahan semulajadi (bukan sintetik) dan selamat digunakan kerana telah diuji secara klinikal sebelum dipasarkan, dan yang paaaaling best, sebab iainya berkesan. Boleh baca testimonial saya akan update kemudian...

Apa pula Set Mengandung Shaklee ni kan...

Ok, set ini terdiri daripada vitamin-vitamin ni:-

1. Vitalea Iron Formula 
- multivitamin yang LENGKAP dengan iron formula. Ingatkan kenapa mommy-mommy mengalami anemia? sebab kekurangan zat besi (iron). Zat besi penting dalam pembentukan hemoglobin di dalam darah. So, bila amik vitamin ni, ia akan membekalkan zat besi mencukupi kepada mommy.

2. B-Complex with Folic Asid 
- asid folic sangat penting di dalam pembentukan sel darah merah dan sangat penting dalam tumbesaran normal bayi.

3. Chewable Vitamin C 
- berfungsi untuk memaksimumkan penyerapan zat besi. 

Ok lah, agak lengkap dah info yang saya berikan ni kan? so, mommies, u olls ada pilihan, mau makan vitamin or mau makan makanan yang boleh tingkatkan Hb. Saya dah try kedua2nya. Malahan mula2 saya memilih untuk makan makanan, buah, sayur yang boleh menaikkan Hb, namun gagal, mungkin sebab cara masakan saya or tak cukup makan, hehe... saya makan ubat yang dokter bagi juga, tapi masih gagal menaikkan Hb saya. Atlast, saya mencari vitamin tambah semulajadi, dan akhirnya setelah 2 minggu konsisten mengambil shaklee akhirnya bacaan saya melepasi 11g/dl. Alhamdulillah.... nasib baby tak jadi apa-apa, cuma beratnya agak kurang sedikit semasa lahir. Ok mommies.. pilihan di tangan anda :)



___________________________________________

 



Untuk order klik sini:





Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:



Aya Chalo | ID: 889835 | Call/SMS/Whatsapp/Viber 013-8633224
Email: aya.shaklee@gmail.com
OR
Add sy sebagai Friend di FB Aya Chalo



Read More

MASALAH KESUBURAN WANITA: DILEMA PCOS

2 comments
Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) adalah penyebab biasa di dalam masalah kesuburan wanita dan semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. PCOS adalah satu situasi di mana ovari menjadi bengkak akibat benih terperangkap di dalam ovari dan tidak boleh menetas pada hari subur. Apabila ini berlaku, lama kelamaan, wanita berkenaan akan mengalami masalah haid dan akhirnya menjadi punca kepada masalah kesuburan.

Antara simptom PCOS
✔ Period yang tidak teratur yang mana selalunya datang setelah 2 bulan atau kitaran yang lebih lama.
✔ Sukar untuk hamil
✔ Jerawat
✔ Peningkatan bulu pada wajah dan badan
✔ Kegemukan
✔ Hasil ultrasound di bahagian pelviks menunjukkan pembesaran cyst ovari

Antara punca PCOS
✔ Punca penyakit adalah tidak diketahui namun ia mungkin terjadi secara semulajadi yang mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal penghasilkan hormon.
Faktor pemakanan (Tabiat pemakanan tinggi karbohidrat, gula, perisa dan pengawet)
Stress atau tekanan kerja

Cara mengatasi
Kajian mendapati salah satu cara berkesan untuk mengatasi masalah PCOS adalah dengan mengurangkan berat badan, dan terdapat juga cara lain untuk meningkatkan kesuburan disebabkan PCOS. 

Risau bukan jika anda merupakan pesakit PCOS? Jangan risau, banyak supplement di luar sana yang boleh membantu anda dalam menstabilkan hormon, antara satunya adalah GLA Shaklee...


APA YANG ISTIMEWANYA GLA SHAKLEE NI?

Antara satu cara untuk menstabilkan semula hormon adalah dengan mengamalkan pengambilan GLA Shaklee. Saya yakin anda biasa dengan tentang EPO (Evening Primrose Oil) kan? Untuk pengetahuan anda, EPO begitu digemari oleh kaum wanita adalah disebabkan oleh kandungan GLA di dalamnya, dan anda nak tahu lagi bahawa GLA Shaklee yang diperbuat daripada Borage Oil mempunyai 4x ganda kepekatan GLA berbanding apa yang ada di dalam EPO. Hebat bukan? Thats why pada masa ini, ramai wanita di luar sana yang bertukar ke GLA Shaklee lebih-lebih lagi kerana ianya semujaladi, 100% dijamin selamat digunakan dan yang paling best sebab ianya BERKESAN! Bagaimana kami tahu ianya berkesan? Sebab rata-rata pelanggan yang menggunakan GLA ni dapat mengatasi masalah haid tidak teratur, kurang masalah PMS, cyst mengecut dan yang paling best sehingga ada yang mengandung setelah mengambil Set Kesuburan shaklee... bestkan?

GLA SHAKLEE MEMBANTU KESUBURAN

Apa pula kelebihan lain GLA ni?

Antara Kelebihan dan khasiat GLA Complex adalah...

★ Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid

★ Membantu meningkatkan kesuburan
★ Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
★ Membantu dalam menangani menopus
★ Menguatkan kuku dan rambut
★ Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
★ Membantu menangai ekzema
★ Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
★ Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
★ Menguatkan imuniti tubuh
★ Memperlahankan proses penuaan
★ Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
★ Mengawal kencing manis dan darah tinggi
★ Mengawal kolesterol
★ Untuk fungsi saraf

So, sempena PROMO GLA bulan July ni apa kata anda try sebotol GLA untuk mendapat manfaat-manfaat di atas. Ataupun, jika anda tidak mempunyai masalah yang disebutkan di atas, namun belum dikurniakan cahaya mata, cubalah SET KESUBURAN kami dengan harga lebih jimat pada bulan ini.



___________________________________________

 


Untuk order klik sini:




Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Aya Chalo | ID: 889835 | Call/SMS/Whatsapp/Viber 013-8633224
Email: aya.shaklee@gmail.com
OR
Add sy sebagai Friend di FB Aya Chalo


Read More

ESP SHAKLEE: PUASA DENGAN BERTENAGA

Leave a Comment
Hari ini. Ramadhan ke 6. Macamana? masih bertenagakah mommy manis sekalian? Bagi yang mengambil ESP Shaklee setiap kali sahur atau berbuka tu mesti senyum sampai telinga kan? Almaklumlah, memang terasa perbezaannya. Even saya sendiri rasakan kelainan berpuasa tahun ni, puasa dengan penuh bertenaga walaupun kena bfkan si kecik dan menjaga 2 orang abangnya, kerja, masak juadah berbuka, masuk sahur dan macam2 kerja lagi.. alhamdulillah, belum pitam lagi.. hehe... terasa sangat bertuah sebab berkenalan dengan shaklee oct tahun lalu...

ESP Shaklee


Apa yang istimewanya ESP Shaklee ni? Kenapa ia merupakan hot seller Shaklee? kenapa setiap set kesihatan shaklee kita sarankan add on ESP Shaklee sekali? Mesti ada sebab kan? Kalau nak tahu, sila baca lebih lanjut...

[♥] Kenapa ESP Shaklee begitu istimewa?
  • Ia adalah makanan UTAMA dalam set kesihatan Shaklee
  • Penting dalam diet harian
  • Ia merupakan minuman berkhasiat - sumber protien lengkap, bermutu tinggi diperbuat daripada Soya yang Non-GMO. Iaitu soya yang TIDAK diubah genetiknya untuk memastikan kualiti maksimum.
  • Memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu rosak.
  • Setiap hidangan ESP Shaklee bersamaan 14g protien soya semulajadi, diproses menggunakan air (bukan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semulajadi isoflavones.
  • Tidak mengandungi kolestrol dan laktosa.
  • Mengandungi kesemua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk mengekalkan tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita dengan sendirinya.
  • Mengandungi sumber kalsium dan zat besi.
  • Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

ESP Shaklee adalah Protein, dan protein merupakan makanan kepada sel. Badan kita terdiri daripada berjuta sel, dari sel ia membentuk tisu, dari tisu pula ia membentuk organ. Dari organ ia membentuk sistem. Jika sel mendapat makanan yang cukup iaitu protein, maka sel yang sihat akan terbentuk dan menggantikan sel-sel lama dan sel yang telah mati.

Apabila sel-sel sihat, maka sekaligus badan akan SIHAT dan CERGAS. Thats why, kebanyakan penggemar ESP Shaklee mendapat feedback dari suami, rakan sekerja, bahawa kulit makin cantik, cerah dan kelihatan lebih muda... bestkan?

Untuk bulan puasa ni pula, ESP Shaklee sangat sesuai untuk seisi keluarga kerana...
  • Mempunyai indeks Glisemic yang rendah yang bukan sahaja bagus untuk pesakit kencing manis, namun menyebabkannya dihadam secara perlahan-lahan oleh perut yang menyebabkan tenaga dilepaskan secara perlahan-lahan dan konsisten untuk rasa kenyang yang lama. 
  • Untuk ibu menyusu pula, ia membantu di dalam penghasilan susu ibu yang berkualiti kerapa protien merupakan komposisi penting di dalam susu ibu. Yang paling best, susu ibu kelihatan pekat dan berkrim! (Pengalaman sendiri)
  • Untuk pesakit gastrik pula tak perlu susah hati. Sebab ESP yang bersifat alkali mampun menyeimbangkan asid di dalam perut disamping membaiki sel-sel perut yang tercedera disebabkan asid tersebut.
Panjang lebar saya berkongsi tentang kebaikan ESP Shaklee hari ni. Jika anda nak try test ke"poweran" esp ni, sila lah berhubung dengan ejen shaklee anda! Nak order dari saya pon bole, jaminan harga terbaik dari saya untuk anda! Hubungi saya SEKARANG!

Selamat berpuasa yunk (^_^)v


___________________________________________

 


Untuk order klik sini:



Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Aya Chalo | ID: 889835 | Call/SMS/Whatsapp 013-8633224
Email: littlemomo13@gmail.com
OR


Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home