ANEMIA SEMASA HAMIL

2 comments
Hari ni saya terpanggil untuk berkongsi tentang masalah Anemia semasa hamil ataupun kita selalu sebut "low Hb" ataupun kurang darah. Hari ni ada 2 orang customer bertanya tentang masalah anemia ini. Ya, memang "keadaan" ni agak biasa terjadi kepada ibu-ibu mengandung di luar sana dan ianya sungguh berbahaya...

Ok lah. Jom kita ketahui apakah Anemia ni. Anemia ni satu keadaan dimana berlaku kekurangan darah merah atau hemoglobin (Hb) yang sering kali terjadi ke atas ibu hamil. Kenapa anemia ni terjadi? Anemia ni terjadi sebab ibu hamil kekurangan zat besi. Zat besi pula sangat penting dalam pembentukan hemoglobin.


Anemia semasa hamil
Sumber: Google

Mengapa Hemoglabin penting semasa hamil?

# Fasa Kehamilan Kurang 20 Minggu
Normal Hb penting dalam pembentukan ORGAN bayi. Semasa fasa kehamilan kurang dari 20 minggu, bayi akan mengalami fasa pembentukan organ seperti jantung, kepala, kaki, otak dan lain-lain organ. JIKA, kepekatan Hb rendah, iaitu dibawah 11g/dl, maka, risiko-risiko ini kemungkinan terjadi kepada ibu, iaitu:-

1. Jantung tidak terbentuk dengan sempurna dan denyutan tidak normal
2. Tangan dan kaki tidak lengkap
3. Pembentukan otak bayi terganggu

Kesannya, bayi boleh gugur dari kandungan atau bayi mengalami kecacatan. Thats why fasa ini sangaaaattt penting untuk mempunyai kepekatan hemoglobin yang mencukupi.

#Fasa Kehamilan 20 - 28 Minggu
Pada fasa ini, organ bayi telah semakin sempurna, namun, jika kepekatan darah sangat rendah, ia akan mengakibatkan jantung bayi bekerja lebih kuat dan ahkirnya boleh menyebabkan kematian bayi di dalam kandungan. Nauzubillah...

#Fasa Kehamilan 28 - 40 Minggu
Sifat bayi pada fasa ini telah sempurna namun masih lagi bergantung kepada kepekatan darah merah. Jika Hb masih rendah iaitu dibawah 9g/dl. Keadaan ini juga boleh menyebabkan jantung bayi bekerja keras dan jika bayi masih bertahan, kemungkinan besar bayi yang dilahirkan kurang berat badan, atau lebih teruk boleh mengakibatkan jantung terhenti dan menyebabkan kematian bayi. 

Bagaikan mimpi ngeri bukan?

So, bagaimana hendak meningkatkan bacaan Hb? 
1. Makan makanan tinggi zat besi seperti jagung, daging lembu, telur, badam, kentang, susu tenusu, yogurt, kacang tanah dan kacang hijau.
2. Makan makanan laut seperti kerang-kerangan, ikan bilis atau hati ayam
3. Makan vitamin zat besi yang diberikan oleh doktor
4. Buah-buahan: kismis, plum, aprikot, blueberry dan ceri
5. Suntikan zat besi ke dalam badan (sakit woooo)
6. Tambah darah (mungkin wujud komplikasi lain sebab darah orang lain masuk ke dalam badan kita), tak mau kan?

Baiklah, dah tahu sikit-sikit tentang anemia kan? So, berapa pula bacaan NORMAL Hb untuk ibu hamil?
Jawapannya adalah, bacaan Hb normal bagi ibu hamil adalah sekitar 11g/dl - 12g/dl. 

Cara MUDAH untuk naikkan bacaan HB selain di atas
Alternatif selain daripada cara meningkatkan bacaan Hb diatas, mommy-mommy boleh mencuba mengambil Set Mengandung Shaklee. Kenapa saya cadangkan mengambil set ini, sebab ianya telah lengkap dan yang paling penting ianya diperbuat daripada bahan semulajadi (bukan sintetik) dan selamat digunakan kerana telah diuji secara klinikal sebelum dipasarkan, dan yang paaaaling best, sebab iainya berkesan. Boleh baca testimonial saya akan update kemudian...

Apa pula Set Mengandung Shaklee ni kan...

Ok, set ini terdiri daripada vitamin-vitamin ni:-

1. Vitalea Iron Formula 
- multivitamin yang LENGKAP dengan iron formula. Ingatkan kenapa mommy-mommy mengalami anemia? sebab kekurangan zat besi (iron). Zat besi penting dalam pembentukan hemoglobin di dalam darah. So, bila amik vitamin ni, ia akan membekalkan zat besi mencukupi kepada mommy.

2. B-Complex with Folic Asid 
- asid folic sangat penting di dalam pembentukan sel darah merah dan sangat penting dalam tumbesaran normal bayi.

3. Chewable Vitamin C 
- berfungsi untuk memaksimumkan penyerapan zat besi. 

Ok lah, agak lengkap dah info yang saya berikan ni kan? so, mommies, u olls ada pilihan, mau makan vitamin or mau makan makanan yang boleh tingkatkan Hb. Saya dah try kedua2nya. Malahan mula2 saya memilih untuk makan makanan, buah, sayur yang boleh menaikkan Hb, namun gagal, mungkin sebab cara masakan saya or tak cukup makan, hehe... saya makan ubat yang dokter bagi juga, tapi masih gagal menaikkan Hb saya. Atlast, saya mencari vitamin tambah semulajadi, dan akhirnya setelah 2 minggu konsisten mengambil shaklee akhirnya bacaan saya melepasi 11g/dl. Alhamdulillah.... nasib baby tak jadi apa-apa, cuma beratnya agak kurang sedikit semasa lahir. Ok mommies.. pilihan di tangan anda :)



___________________________________________

 



Untuk order klik sini:





Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:



Aya Chalo | ID: 889835 | Call/SMS/Whatsapp/Viber 013-8633224
Email: aya.shaklee@gmail.com
OR
Add sy sebagai Friend di FB Aya Chalo



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. Salam, kak jugak jatuh di kalangan hb rendah. Skg suda 31 minggu. Pertama kali hb bawah 9 masa checkup last week. Peritnya mau naikkan balik hb ni. Skg kak consume 2 vit di atas (iron+vit c) dari mamaleen. Harap2 next checkup naik balik.. :). Keep it up ya..

    ReplyDelete
  2. Kak fand.. sila tambah bcom tu lagi. Baru complete.. hehehe.. sy last year amik 1 set. Sekali dgn esp. Dah masuk 8mo br terbuka hati mau try shaklee... syukur. Mmg naik. Pastu nurse siap tanya makan apa. Dan aku bgtau gak doktor yg sy stop mkn iberet dan cuma makan shaklee. Dr tanya apa kandungan. Then dia ckp, ok, if itu yg naikkan Hb kamu, teruskan sj la... yg ptg jgn minum serentak dgn susu kak.. insyaallah Naik... ;)

    ReplyDelete