Cuti-cuti Singapore Sambil Ber-Shaklee - Part 1

1 comment
Assalamualaikum u'olss..

Berhari-hari sudah berniat nak share pengalaman bercuti ke Singapore. Mesti ramai yang nak pergi sana kan? So saya kongsikan pengalaman dengan harapan anda pun mudah nak berjalan2 ke sana. Jom kita cuti-cuti sambil ber-Shaklee!!

shaklee on travel
Bekalan supplement sepanjang perjalanan, wajib tau!
Bawa 1 beg ni ja. Kat aport sempat lagi COD shaklee.. hehehe..
3hb Jan 2014 - Kami (saya, suami dan anak-anak) berlepas dari Terminal 2, Kota Kinabalu ke Changi Airport. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Dalam flite alahai anak keduaku Khair tersangat la aktif. Sebelah dia duduk seorang pakcik Mat Salleh yang fasih berbahasa melayu.. apa lagi, diorang dua boleh borak2, dan anak aku sempat buat cubaan menarik bulu tangan pak-salleh tu, uwahhh... nasib baik sempat tarik tangan dia.. huhu.. malunya i. Nasib baik pak-salleh tu peramah orangnya, dia just cakap "tidak mengapa" bila saya say sorry... oh my Khair!

Khair dan Pakcik Salleh :P
Tunggu luggage at Changi Airport
Setibanya di Changi Airport, kami padahal saya sebenarnya tersangat la excitednya. Ini merupakan trip melancong family pertama kami ke oversea muahahah, oversea la sangat,  so tu yg over tu. Ok, bila dah settle urusan immigration, kami pun mengambil luggage dan keluar melalui  pintu arrival. Ok..keadaannya sama ja macam Malaysia, cuma orang2 sana smua speaking2 belaka. Keluar dari pintu, kami tidak ada rancangan tetap sebenarnya - nak naik bas/teksi or train. Memandangkan luggage kami sangat gedabak besarnya dan anak2 pun masih kecik kami mengambil keputusan untuk naik teksi. Tapi.... sebelum naik teksi, saya ajak suami pusing2 dulu di area arrival hall tu. Jalan punya jalan walhal jalan dekat ja pun kami terjumpa 1 booth yang mana adik manis kat situ approach kami dengan berkata, "USS ticket, USS ticket maamm".. so sy pun singgah dan adik manis tu menerangkan lebih lanjut. Memandangkan harga tiket di situ murah sd6 berbanding beli di USS so kami pun ambil keputusan untuk beli tiket USS dan Zoo Singapore, dan juga kami telah membeli simcard SingTel sebab terlupa pula digi tak bole pakai kat sana.. hahahahaa..so kami laki bini pun membeli 2 simkad berharga sd28 darab 2. Saya cadangkan anda jangan beli kat sini. Cari mana2 SevenE, ada lagi simkad murah dalam sd15 mcm tu. Saya dah terbeli so hantam saja la.. yang penting bole whatsapp customer dan coaching anak cucu shaklee. Tu paling penting. Online biz.. mana2 pon bole.. hehhehehe...

So, after settle, kami pun berbaris untuk naik teksi. Time berbaris tu ter-kagum sekejap sebab teksi2 kat sg ni tersangat la mewahnya. Suami sempat bergurau kata nat naik Peugeot, saya pula kata entah2 naik toyato prius. Sekali sampai giliran, uolls nak tau teksi apa kitorg dapat? ce teka, ce teka.. gelak besar kami berdua.. anak2 blur ja tengok mama papanya... kitorg dapat teksi Merc... hahahhaha... perasan kaya kejap :P, bayaran teksi dalam sd20++ lupa, exact fare sbb cik hubby yg bayo. After 6pm merupakan high peak, so bayaran teksi agak mahal sedikit. 

Perasan orang kaya japs.. hahahhaa...
Marina Bay Sand dan Singapore Flyer dari kejauhan
Lalu teksi pun meluncur laju ke hotel kitorg menginap: Hotel Ibis Singapore on Bancoolen. Sanggih sungguh namanya. Hotel ni bole tahan juga mahalnya (RM1250+-/3 malam), sebab saya bawa anak2, so if hotel biasa biliknya agak kecik, so kesian ngan anak2.. syukur ada duit sket, so sy pun booking la hotel ni. Hotel Ibis ni saya bagi 4 bintang. Service ok, bilik selesa, tandas bilik tip top, front office staff sangat peramah, banyak membantu dan untuk info cafe hotel adalah NON-HALAL ya. 

Lokasi hotel di sekitar Bugis Street, tepi hotel ada 7E, depan hotel ada Burger King, belakang jalan sikit ada McD dan KFC, depan hujung ada kedai mamak. Haaa.. 2x kami makan kat kedai mamak ni, dan 2x juga anak say Faeq jatuh dari kerusi. Hahahaa... Yang paling best, depan hotel ni iaitu hotel Summer View merupakan tempat laluan Free Shuttle Bas ke Resort World Sentosa (RWS) yang juga melalui Marina Mandarin, Marina Bay Sand, Carlton Singapore dan Swisshotel The Stamford. Masa perjalanan ke RWS mengambil masa dalam 35 minit bergantung kepada kesesakan lalulintas. Jika anda berniat untuk menggunakan khidmat free shuttle bas ni, sila minta Resit Penginapan daripada pihak hotel sebab ketika naik free bas tu, konduktor bas akan cek resit ni dan juga kunci bilik (kad tu). Pakcik konduktor sgt skema tau, lama jg dia baca resit aku tu.. huhuhuhuhu... namun akhirnya kami berjaya naik free bas. So, tak payah pening2 nak naik teksi or naik MRT, naik bas pun best.. bole pusing2 tgk Marina Bay Sand, Singapore Flyer (mcm Eye on Malaysia tu) dan bole tengok keadaan bandaraya singapore.

Our room... 1514 :)
Travel with shaklee
Sengaja pilih 2 katil single sebab bila bergabung muatlah kitorg 4 beranak
Ok..sambung cerita i pula. After sampai bilik, kitorang rehat2 dan buat apa yang patut, dan sebelah malamnya pula kitorg anak beranak berjalan2 ke Bugis Street.. cuci-cuci mata ja, tak beli apa pun.. survey kawasan ja. hahaha.. dan after makan makan di 1 kedai kitorg pun balik bilik dan rehat. (lupa nama kedai, tapi glemer dgn popia basah, siap masuk majalah bagai lagi, aku makan rasa biasa2 ja, huahuaa)... harga makanan sini standard dalam sd6-sd9 (darab dengan RM 2.60). Rasa makanan biasa2 ja, tidak la sangat sedap, dan tidak pula tak sedap langsung... kira macam makanan sihat la.. tak masin sgt, tak manis, dan kurang msg. O ya, sebelah Ibis ni ada shopping complex... sempat gak pusing2, tapi memandangkan badan dah penat, so kitorg cuci-cuci mata ja... balik hotel - ready2 nak ke USS esok... so, nantikan entry PART 2 yaaa...  kesimpulan hari pertama - singapore memang best tapi mahal. hahahaha... oh my fulus!!

Bercuti dengan shaklee
Depan tu adalah Bugis Street, ala2 Petaling Street ja.
Kalau nak consultation tentang supplement yang penting ketika travel bole tinggalkan komen yaaa :)
Sharing is caring <3

.............bersambung di Cuti-cuti Singapore Sambil Ber-Shaklee - Part 2........
Tunguuuuuu

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment: