Cuti-cuti Singapore Sambil Ber-Shaklee - Part 2

2 comments
Berhari-hari saya siapkan entry kedua tentang Cuti-cuti Singapore Sambil Ber-Shaklee. Alhamdulillah diberi kekuatan jua untuk siapkannya. Hehe.. Ok la, hari kedua dimulakan dgn secangkir ESP, Vitalea, Bcomplex dan Vitamin C. Supplement wajib bagi saya yang kurang bertenaga ni. Takut-takut kehabisan kudrat di Universal Studio Singapore (USS) nanti sebab cadangannya dari pagi sampai ke malam di sana.. huahua macam la laratkan...

Energising Soy Protein
ESP + Horlicks suam-suam berlatarkan kota Singapore! Double sedap rasanya hari ini. Haha...
Hari Kedua: Semua bangun awal hari ni. Semangat katanya hendak ke USS. Time di KK plannya nak ke USS dengan menaiki MRT. Tapi semalam try tanya staff kat receptionist dia inform yang kami bole ke USS dengan FREEEEEE.. aku memang suka benda-benda free ni, terus semangat ni! haha!. Memang tepat sekali pilihan hotelku ini, tiba-tiba rasa berbaloi tinggal kat hotel mahal, kehkeh... Ok, so, sebenarnya hotel Ibis tu merupakan laluan bagi  FREE Tourist Shuttle to Resorts World™ Sentosa bagi Bancoolen/Marina Route. So untuk naik bus ni secara free, anda hanya perlu tunjukkan hotel booking confirmation letter dan keycard bilik. Itu saja. Surat tu bole dapatkan daripada receptionist anda, dan pastikan simpan bebaik tauuu... memandangkan saya baik hati hari ni so saya sharekan Jadual free shuttle bas tu ya. 

Sila print jadual ni untuk memudahkan perjalanan anda. Klik pada gambar untuk redirect ke page RWS.

Tepat jam 9.00pg kami turun dari bilik. Awal gilos demi USS. Takut ketinggalan bas kata i. Hoho.. so, kami 4 beranak menanti agak sabar walaupun hilang sabar dek budak 2 orang yang tidak pandai diam ni, grrr  . Kami menunggu di depan hotel Summer View (depan hotel IBIS sahaja). Terdapat beberapa hotel lagi di sekitar Ibis seperti Big Hotel, Summer View, belakang sikit ada Village Hotel Bugis by Far East Hospitality. Agak bertuah menunggu di sini sebab ia merupakan perhentian pertama free shuttle bas ni. So, bila bas datang, bas masih kosong. Jadi best sebab bole pilih2 seat dan tak perlu berebut-rebut. Masa perjalanan lebih kurang 40-45 minit. Bergantung kepada kesesakan lalulintas. Tapi singapore tak jem punn.. biasa2 ja.

Ini dia budak 2 orang..

Tunggu bas kat depan hotel Summer View, depan tu Ibis Hotel

Jam 10 pagi kami tiba di RWS. Seperti pelanduk masuk bandar, kami mengagak2 arah nak ke USS. Tapi disebabkan kami ramai, so senang la nak mencari jalan. Kami hanya perlu berjalan kaki dalam 5 minit dan terlihatlah escalator naik ke atas. So, kami pun naik laa.. jeng jengggg.. setibanya di atas, saya sangat terhujaaa.. bukan lagi teruja, tapi terhujaaa... memandang ke kiri dan kanan. Wow.. memang fantastic tempatnya.. bestt!! ni baru kat luar, belum masuk USS lagi. Haha.. sorry i over sekejap. Saya tanya suami, eh, mana bola besar (bola hokey) tu.. husband kata, pusing belakang.. belakang ni ja punn.. alahai, rupa2nya betul2 berdekatan escalator saja. Hahaha... bola besar yang saya maksudkan tanda mercu USS tu.. globe yg ada perkataan Universal Studio... so, tanpa malu2 kucing kitorang pun berpose-pose depan tu.. maka rasmi lah sudah menjejakkan kaki ke USS walaupun belum masuk dalam lagi :)

Piss piss kacang piss. Ngam2 pula peta Aussie kat atas kepala. InsyaAllah kembali ke sana pasni. :P
 Selesai bergambar2 jauh dan dekat pada "bola" itu, kami pun menuju ke pintu masuk USS. Syukur dah beli tiket awal-awal time kat aport. Bole baca entry ini untuk tips membeli tiket dengan harga lebih murah berbanding beli kat USS. So, tidak payah berbaris dan kami bergerak terus ke pintu masuk...

Saya kongsikan gambar-gambar kenangan di USS ni ya.. kat USS ni sila la berbaris. Cth bila Po the Panda tu muncul kat mana2, sila la berbaris jika ingin bergambar dengannya. Kami ada amik gambar tapi kat dslr. Malas nak download sebab tak jumpa cable. Haha... lagi satu, kat sini memang ada staff USS yang sgt baik hati dan membantu anda sekeluarga mengambil gambar. So tak perlu risau, cuma sediakan camera saja. Selain tu, if anda nak gambar2 yang ada frame macam kat bawah ni, ini kena bayar la ya. Kami ambil pajek sd50 untuk ketiga2 gambar ni. Dapat 3 keping printed pix dan softcopy. Kena claim kat dark room (nanti bole cek peta lokasi USS ok).

Universal Studio Singapore Plan
USS map.. haa.. kat sini smua dilistkan benda2 yang ada kat USS. So jangan lupa amik 1 kat entrance ya.
Tadaaa!!
Abaikan enchek suami yang "ayu" ittew :P
Aummmm!!
Best juga persembahan diorg ni. Tapi aku tengok anak2 aku blurr ja.
Transformer the Ride: The Ultimate 3D Battle. Berbaris panjanggggg rasa2 dalam 30 minit. Tapi sangat berbaloi. Saya dan Faeq ja yang pegi. Khair tak cukup ketinggian so dia stay luar dengan papanya. Kesian meraung kat luar. Huhuhu.. tp pasni ada alasan suh dia makan nasi banyak2 supaya cepat tinggi. Hehehe..
Muka bangga sebab tengah berbaris nak amik gambar dengan bumblebee yg tengah posing2 kat depan nunnn...
Ancient Egypt. Kami amik gambar ja, sebab banyak games yg perlukan ketinggian.
Selepas menonton Shrek (best gilaa Shrek 4-D Adventure), siap memercik bersin si donkey dan terasa seperti ada labah-labah di kaki. Eh hello Puss :)
Lagiiii...
Membeli belah souvenirs untuk Awal (my 3rd son) yang ditinggalkan. Besar sket mama bawa jalan ya Awal :*

Ok.. itu sedikit sebanyak tentang USS. Kat sini setiap bahagian tu ada restaurant tapi mahal gilos.  Saya lupa la berapa habis tuk makan but rasa2 nya sampai juga sd30++ untuk kami berdua, anak2 disuapkan ja. Tapi memang perlu makan kan, so bayar je la. Hahaha... lagi 1 yang bestnya USS ni, diorang ada sediakan stroller untuk disewa untuk single and twins seat. Untuk twins kena start sewa kat entrance sebab kat mana2 part USS, ada gak stroller disediakan tapi hanya yang single. Sampai ke The Lost World anak saya dah kepenatan. So, saya pon sewa la single stroller, sd15. Syukur anak yang satu lagi masih gagah meneruskan perjalanan. Di USS ni sangat mudah la. Nak bawa stroller sendiri pun ok, sebab setiap bahagian ada "stroller parking", so memang sangat membantulah. O ya, surau pun disediakan di Sci Fi City berhampiran roller coaster. So, kesimpulannya sangatttt best pegi kat sini memang berbaloi2 dengan harga tiket sd68 
 dewasa tu.


Pokai mak... huhuhu...

Ok la.. nanti saya sambung pula cerita kat S.E.A Singapore ya. Unplanned sebenarnya.. tiba2 dah termasuk di kawasan Aquarium, eh eh...

~Jumpa di Cuti-cuti Singapore Sambil Ber-Shaklee - Part 3~


Kalau nak baca Part 1 bole klik SINI
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. seronok tengok kak aya chayo..jalan2...
    jmput ke blog saya yg x seberapa baru dlm pembikinan
    http://enrdenatureshop.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Salam Hendra.. tq.. bah, jom kita exchange link and follow memfolo ya..

    ReplyDelete