Tips Minum 8 Gelas Air Di Bulan Ramadhan

1 comment
Hari ini memasuki 4 Ramadhan. Seperti yang kita tahu, 70% dari komponen badan kita terdiri daripada air. Ini menunjukkan betapa pentingnya air untuk melancarkan sistem tubuh badan kita agar sentiasa sihat dan cergas walaupun berpuasa. Sebentar lagi saya akan berkongsi dengan anda, tips mudah minum 8 gelas air di bulan ramadhan.


Sebelum itu, bagaimana keadaan anda setelah memasuki 4 hari berpuasa? Bibir mulai kering? Kulit kurang kenyal? Pagi-pagi badan mula letih? Sembelit? Pening? Mudah berasa penat? Air kencing berwarna pekat? Itu semua adalah tanda-tanda anda kekurangan air di dalam badan.

Setiap orang mempunyai keperluan air yang berbeza-beza. Secara amnya kita disarankan untuk meminum 6-8 gelas air sehari. Namun untuk lebih tepat anda boleh mengira sendiri keperluan anda dengan menggunakan formula ini;-

25kg berat badan = 1 liter air
1 gelas +- 250ml air
1 cawan +- 200ml air

Tips minum 8 gelas air di bulan Ramadhan

1. Minum 1 gelas air selepas azan maghrib
2. Minum 1 gelas air selepas solat maghrib
3. Minum 1 gelas air selepas berbuka
4. Minum 1 gelas air selepas solat isyak
5. Minum 1 gelas air selepas solat tarawih
6. Minum 1 gelas air sebelum tidur
7. Minum 1 gelas air selepas bangun untuk bersahur
8. Minum 1 gelas air selepas bersahur

Mudahkan? Cukup 8 gelas air. Mahu minum lebih pun boleh :)

Tips-tips lain

1. Jangan minum 8 gelas serentak ketika berbuka. Ini akan menjadikan perut anda dipenuhi air dan menyebabkan anda tidak dapat makan juadah berbuka serta menjalani ibadah lain.

2. Seboleh-bolehnya kurangkan air sirap, air berkarbonat, abc, cendol dan sebagainya. Lebihkan meminum air putih.

3. Jika teringin sangat minum minuman manis, sila buat sendiri di rumah untuk menjamin kebersihan dan anda boleh mengawal kemanisannya.

Ok, cukup itu saja tips untuk hari ini. Diharap entry ni boleh membantu anda untuk kekal cergas walaupun berpuasa.

Jika anda mencari minuman ala2 "100plus" semulajadi, tidak berkarbonat, tidak bergula, yang menstabilkan elektrolit badan, mengurangkan dehidrasi, serta mengurangkan haus, saya ada jawapannya. Nantikan perkongsian Produk Superb tersebut di entry akan datang.

Till then, selamat menjalani ibadah puasa!
-------------------------------------------------
Jika anda berminat untuk menjadi pelanggan kami, sila isikan CUSTOMER CONTACT FORM  agar kami boleh menghubungi anda secepatnya.

Terima Kasih

Shaklee Independent Distributor
♡ Aya Chalo
♡ 013 863 3224
♡ FB Vitamin Story
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. Wah tipsnya detil banget, mantap nih. Itung2 persiapan puasa Ramadhan 6 bulan lagi. Saya sendiri sih jujur kalau puasa lebih sering haus dibandingin lapar, walaupun sahur dan minum banyak air tetap aja rasa haus lebih berasa.

    Thanks udah berbagi yaaa

    ReplyDelete