Resipi Donut Simple Tanpa Telur: Sedap, Gebu Kesukaan Anak-anak Shaklee Saya

24 comments
Assalamualaikum... yeah, pagi ni berjaya membuat Donut dengan resipi yang sangat-sangat simple. 1st time saya cuba resipi ni hasil perkongsian downline shaklee saya di group whatsapp kami, dan alhamdulillah hasilnya sangat marbeles bagi amatur seperti saya ni. Hahaha... Donut ni saya buat bersama-sama anak-anak Shaklee saya ~ chef licik boboiboy.. paling tak tahan sebab chef tak berbaju lagi tau, dan hasilnya memang sedap luar biasa, hihi... memandangkan ramai mahu saya kongsikan resipi Donut simple tapi gebu ni, so saya kongsikan disini, sebab sy ada buat perubahan sikit dari resipi asal.. sikit ja :)

RESIPI: DONUT SIMPLE GEBU TANPA TELUR

Bahan-bahan:

Bahan A:
4 cup tepung gandum
1 1/2 sudu besar marjerin

Bahan B: 
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 paket yis/mauripan
2 sudu besar gula
1 1/2 cawan air suam

Bahan C:
Gula halus/Gula Castor secukup rasa sebagai topping.

Cara-cara:
- Campurkan tepung dan marjerin. Gaul guna tangan sampai sebati.
- Di bekas lain, campurkan yis, susu pekat, gula ke dalam air suam. Tutup dan biarkan seketika sehingga campuran berbuih.
- Bila campuran bahan B sudah berbuih, tuangkan ke dalam campuran tepung, caranya dengan melubangkan tepung di bahagian tengah dan tuang air sedikit semi sedikit, uli dan tuang air sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
- Uli dengan penuh bersemangat selama 10-15 minit. Agak-agak adunan dah sebati dan comel.
- Rehatkan adunan dalam masa 30 minit - 1 jam. Tutup guna kain basah. Adunan akan naik sekali ganda.
- Bila adunan dah naik, tumbuk-tumbuk adunan untuk keluarkan angin dan boleh mulakan proses membentuk donut.
- Rehatkan donut yang telah dibentuk, bila dah naik sikit boleh la goreng di dalam minyak banyak yang panas.
- Setelah donut kekuningan bolehlah angkat dan taburkan gula halus (saya guna gula castor).
- Siap dan sedia untuk dibaham :)

Tips membentuk donut comel:
- Gelekkan adunan meggunakan penggelek/penggolek. Jika tiada penggelak khas, gunakan botol mcm aku tu hahaa.. taburkan sedikit tepung sebelum menggelek supaya tidak melekat. Kemudian gunakan acuan berbentuk bulat. (Jangan bgtau orang sy guna cup tupperware, haha), pastu untuk buat bulat2 kat bahagian tengah tu sy gunakan penutup ubat paracetamol anak (yang ni pun jangan bagitau org tau), hihihi.. almaklumlah amatur, semua alat meng-roti tiada :P
harap berguna la tips ni buat pen-donat amatur :)

Simple kan?

Ok sekarang saya nak tunjuk gambar pula. Awal-awal nak minta maaf sebab chef-chefku seksi :P

Antara bahan-bahan membuat donut. Gambar ni saja nak tunjuk Measure Cup Shaklee tuuu.. kat Malaysia tiada ni. hihih.. beli kat US bulan lepas. Mesti ramai yang jealous kannnnn?? :P
Adunan setelah selesai diuli. Comelkan?
Adunan yang dah naik selepas direhatkan.
Mari membentuk donat... haa, Awal pun tak mau ketinggalan.
Abaikan penggelek aku yang canggih. Harus berkreatif bukan? (Itu adalah botol madu :))
Masa menggoreng donut, pastikan warna keemas-emasan baru angkat.
Yang comel itu mama buat.. yang lagiii comel itu chef boboiboy buat sendiri!
Sesi meng-gula donut sendiri. Barulah terasa nikmatnya ;)
Tadaaaa!! Siap untuk dimakan :)

Hokey... siap dah, ok semua sila cuba ya. Aktiviti ni memang sesuai sangat dimusim-musim cuti sekolah ni. Walaupun gula, tepung, doh berhambur sana sini, tapi mak happy sebab nampak anak-anak enjoy :)

Pssstttt... pas makan banyak kena amalkan tips tuk kurus dan makan ini pula untuk elak lemak terkumpul. hehe..

Selamat Mencuba dan kongsikan pula resipi ni dengan insan-insan tersayang, xoxo!
Read More

TESTIMONIAL MEALSHAKES: MENGAPA IBU SUKA.

Leave a Comment
Mealshakes. Semakin hari semakin dipercayai oleh ibu bapa. Ia merupakan multivitamin dan multimineral lengkap berbentuk serbuk yang sesuai diberikan kepada anak-anak. Hari ni saya akan kongsikan Testimonial Mealshakes daripada ibu-ibu. Alhamdulillah Mealshakes banyak membantu :)

Apa yang bestnya Mealshakes ni?


1. Rasa vanila yang sedap dan menjadi kegemaran kanak-kanak.
2. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas.
3. Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, mineral, protein, fiber serta kalsium yang menyokong tumbesaran kanak-kanak.
4. Menguatkan sistem imun kanak-kanak dan memberika tenaga untuk kekal aktif.
5. Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan keseluruhan.
6. Mengurangkan ekzema kepada kanak-kanak.
7. Mengembalikan selera makan normal anak.
8. Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa.
9. Mengelakkan dan mengatasimasalah sembelit pada kanak-kanak.
10. Sesuai untuk kanak-kanak yang obesiti.

Klik sini untuk info lanjut tentang Mealshakes.

Testimonial Mealshakes 1
- Jarang demam
- Selera makan semakin ok
- Sebelum ini tiap bulan perlu nabulizer
- Kulit nampak cerah & sihat


Testimonial Mealshakes Shaklee

 Testimonial Mealshakes 2
- Jarang ke klinik selepas setahun
- Anak sihat, cergas, kreatif dan cerdik

Testimonial Mealshakes Shaklee

Testimonial Mealshakes 3
- Demam kebah
- Sakit cepat sembuh


Testimonial Mealshakes 4
- Berat badan naik
- Mudah untuk tidur malam

Testimonial Mealshakes


 Testimonial Mealshakes 5
- Anak semakin berisi
- Anak kurang makan jadi berikan mealshakes untuk bekal nutrisi

Testimonial Mealshakes 4


 Testimonial Mealshakes 6


- Jarang demam
- Demam cepat sembuh

Testimonial Meal shakes

ISTIMEWA BULAN INI... Membeli sambil beramal. 

SHAKLEE CARES FOR OUR CHILDREN

Jadilah sebahagian daripada program Shaklee Cares For Our Children hari ini. Anda akan menyumbangkan 10% daripada pembelian Buy 3 Free 1 Mealshakes ke dalam tabung program ini.

Sihat sambil beramal. Dua2 adalah saham akhirat 



----------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:


Aya Chalo 
ID: 889835 
Call/SMS/Whatsapp 013-8633224
Email: littlemomo13@gmail.com
PM saya di: Facebook

OR

Add Friend di FB saya : Aya Chalo



Pengedar Shaklee Sabah | Pengedar Shaklee Kota Kinabalu | Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home