Resipi Donut Simple Tanpa Telur: Sedap, Gebu Kesukaan Anak-anak Shaklee Saya

23 comments
Assalamualaikum... yeah, pagi ni berjaya membuat Donut dengan resipi yang sangat-sangat simple. 1st time saya cuba resipi ni hasil perkongsian downline shaklee saya di group whatsapp kami, dan alhamdulillah hasilnya sangat marbeles bagi amatur seperti saya ni. Hahaha... Donut ni saya buat bersama-sama anak-anak Shaklee saya ~ chef licik boboiboy.. paling tak tahan sebab chef tak berbaju lagi tau, dan hasilnya memang sedap luar biasa, hihi... memandangkan ramai mahu saya kongsikan resipi Donut simple tapi gebu ni, so saya kongsikan disini, sebab sy ada buat perubahan sikit dari resipi asal.. sikit ja :)

RESIPI: DONUT SIMPLE GEBU TANPA TELUR

Bahan-bahan:

Bahan A:
4 cup tepung gandum
1 1/2 sudu besar marjerin

Bahan B: 
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 paket yis/mauripan
2 sudu besar gula
1 1/2 cawan air suam

Bahan C:
Gula halus/Gula Castor secukup rasa sebagai topping.

Cara-cara:
- Campurkan tepung dan marjerin. Gaul guna tangan sampai sebati.
- Di bekas lain, campurkan yis, susu pekat, gula ke dalam air suam. Tutup dan biarkan seketika sehingga campuran berbuih.
- Bila campuran bahan B sudah berbuih, tuangkan ke dalam campuran tepung, caranya dengan melubangkan tepung di bahagian tengah dan tuang air sedikit semi sedikit, uli dan tuang air sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
- Uli dengan penuh bersemangat selama 10-15 minit. Agak-agak adunan dah sebati dan comel.
- Rehatkan adunan dalam masa 30 minit - 1 jam. Tutup guna kain basah. Adunan akan naik sekali ganda.
- Bila adunan dah naik, tumbuk-tumbuk adunan untuk keluarkan angin dan boleh mulakan proses membentuk donut.
- Rehatkan donut yang telah dibentuk, bila dah naik sikit boleh la goreng di dalam minyak banyak yang panas.
- Setelah donut kekuningan bolehlah angkat dan taburkan gula halus (saya guna gula castor).
- Siap dan sedia untuk dibaham :)

Tips membentuk donut comel:
- Gelekkan adunan meggunakan penggelek/penggolek. Jika tiada penggelak khas, gunakan botol mcm aku tu hahaa.. taburkan sedikit tepung sebelum menggelek supaya tidak melekat. Kemudian gunakan acuan berbentuk bulat. (Jangan bgtau orang sy guna cup tupperware, haha), pastu untuk buat bulat2 kat bahagian tengah tu sy gunakan penutup ubat paracetamol anak (yang ni pun jangan bagitau org tau), hihihi.. almaklumlah amatur, semua alat meng-roti tiada :P
harap berguna la tips ni buat pen-donat amatur :)

Simple kan?

Ok sekarang saya nak tunjuk gambar pula. Awal-awal nak minta maaf sebab chef-chefku seksi :P

Antara bahan-bahan membuat donut. Gambar ni saja nak tunjuk Measure Cup Shaklee tuuu.. kat Malaysia tiada ni. hihih.. beli kat US bulan lepas. Mesti ramai yang jealous kannnnn?? :P
Adunan setelah selesai diuli. Comelkan?
Adunan yang dah naik selepas direhatkan.
Mari membentuk donat... haa, Awal pun tak mau ketinggalan.
Abaikan penggelek aku yang canggih. Harus berkreatif bukan? (Itu adalah botol madu :))
Masa menggoreng donut, pastikan warna keemas-emasan baru angkat.
Yang comel itu mama buat.. yang lagiii comel itu chef boboiboy buat sendiri!
Sesi meng-gula donut sendiri. Barulah terasa nikmatnya ;)
Tadaaaa!! Siap untuk dimakan :)

Hokey... siap dah, ok semua sila cuba ya. Aktiviti ni memang sesuai sangat dimusim-musim cuti sekolah ni. Walaupun gula, tepung, doh berhambur sana sini, tapi mak happy sebab nampak anak-anak enjoy :)

Pssstttt... pas makan banyak kena amalkan tips tuk kurus dan makan ini pula untuk elak lemak terkumpul. hehe..

Selamat Mencuba dan kongsikan pula resipi ni dengan insan-insan tersayang, xoxo!
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

23 comments:

  1. Assalamualaikum..dh try..mmg sedap..anak2 kata..lepas ni x yah beli dunkin donut...huhu..

    syukran2..share resepi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.. hihi. Alhamdulillah sis Sri Syafi.. pasni maknya kena rajin2 buat. Hehe

      Delete
  2. Menarik....mmg dok cari resepi yg x yah guna telur sbb telur dah habis hihihi...nnt nak try...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah try? menjadi tak? tq sudi singgah blog sy :)

      Delete
  3. Tqsm! Awak menyelamatkan kami yg kehabisan telur huhu

    ReplyDelete
  4. Assalam. Sy dh cuba dah resepi donut ni. Sedap sgt. Anak2 suka. Lg pon senang nk dibuat dan tak perlu bahan yg byk. Terima kasih ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Hihi.. alhamdulillah, seronok bila tau ada orang guna resipi tak seberapa ni. sama-sama kasih :)

      Delete
  5. Dlm proses buat donut..guna resepi ni.harap menjadi.tq

    ReplyDelete
  6. Tqvm sis sudi share resepi.. Penyelamat time anak2 minta donut n time stok telur habis.. "Tgh tggu doh naik ni... "

    ReplyDelete
  7. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Cepat Hamil.

    ReplyDelete
  8. Tengah fefeling nak berdonut ni. Nampak resepi mudah ni harus buat kejap lagi. :)

    ReplyDelete
  9. Assalam. Saya kesian tengok anak dara saya cuba buat donut, jadi keras sesuai buat baling kucing yg sedang berkelahi....hihihi.
    Terima kasih kerana sudi share resepi yg simple ni. Saya pun penggemar donut No. 1. Tak sabar tengok hasilnya nanti. Sekurang2nya beri motivasi kepada anak dara saya tu yang dia pon sehebat baba dia ek.

    ReplyDelete
  10. Saya baru try.. 1st goreng tu xbrpa kembng. Pastu 2nd goreng kembng lawa..hehe. mnjadi juga. 1st time buat donut. 1st goreng tu mungkin adunan x kembng betul lg kot. Thanks sbb share resepi yg mudah dan menjadi ni ye.

    ReplyDelete
  11. Baru try buat..harap2 menjadi lar ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  12. Baru try buat...hrp2 menjadi

    ReplyDelete
  13. Saya sah buat kelmarin alhamdulillah menjadi Dan gebuuuuu sekali anak2 Dan anak Buah suka sgt2.

    ReplyDelete
  14. Saya sah buat kelmarin alhamdulillah menjadi Dan gebuuuuu sekali anak2 Dan anak Buah suka sgt2.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum. Saya dah buat untuk minum petang tadi. Gebu dan lembut sangat. Terima kasih resepinya ya.

    ReplyDelete