AYA & SAM BERSANDING KALI KE-2 DI MASTER COORDINATOR CELEBRATION

Leave a Comment
Berdebar-debar bila dapat video ni tadi. Alhamdulillah.. MasCel (Master Coordinators Celebration) atau persandingan percuma saya dan suami untuk kali ke-2 sudah selesai 19 Oktober 2014 lepas bertempat di Pan Pacific Sutera Harbour, Kota Kinabalu, Sabah.

Mesti anda tertanya-tanya apakah Master Coordinator Celebration tu kan? MasCel adalah satu majlis untuk meraikan Pengedar Shaklee yang telah mencapai rank tertinggi di dalam Shaklee. Segala perbelanjaan dibiayai sepenuhnya oleh pihak Shaklee Malaysia. Terdapat 7 rank di dalam sistem perniagaan Shaklee iaitu Supervisor, Senior Supervisor, Coordinator, Senior Coordinator, Key Coordinator, Senior Key Coordinator dan puncak tertinggi adalah Master Coordinator. 

Apa yang bestnya tentang MasCel, selain majlis yang di-sponsor sepenuhnya oleh Shaklee Malaysia, tempat majlis diadakan juga dipilih sendiri oleh Master yang diraikan, ini termasuk ballroom, jamuan makan, penginapan 1 malam dan parking VVIP... sangat best sebab dilayan seperti raja, terasa berbaloi atas segala usaha selama ini, terima kasih Shaklee Malaysia!

 Ok, berbalik semula kepada video ini. Detik bersejarah ini telah dirakam oleh sahabat iReach Family, bro Munzir yang sanggup turun subuh-subuh terbang dari KL ke KK. Terima kasih daun keladi diucapkan... 

Buat empayar Pollux Family, rakan-rakan iReach yang hadir, sidelines, TERIMA KASIH diucapkan kerana sudi memeriahkan majlis kami.

Jumpa lagi di NEXT MasCel :)

Read More

JANGAN BELI ESP, JIKA ANDA....

Leave a Comment
Sana sini orang sebut tentang ESP Shaklee ni kan? Tapi tiba-tiba entry ni suruh JANGAN BELI. Biar betul.. hihihi... Kenapa ESP ni popular sangat? Kenapa menjadi HOT SELLER setiap bulan, dan kenapa bila seseorang tu sudah try sekali PASTI akan order berkali-kali-kali-kali? Bagus sangat kah? Best sangat kah? 

HOT SELLER Shaklee ni sebenarnya ada bannnnnnnnyak manfaat. Ia diperbuat daripada SOYA ASLI, tidak disuntik hormon, membesar secara semulajadi, tidak diubah genetiknya SO ia memang original! Malahan proses menghasilkan serbuk ini juga dipantau secara teliti agar terpelihara keasliannya. 

Kualitinya TIDAK SAMA atau tidak sesekali sama seperti AIR SOYA KOTAK yang banyak dijual di kedai runcit, kerana ianya Non-GMO (tidak diubah secara ginetik untuk mempercepatkan tumbesaran dan sebagainya). Ia selamat diminum malahan membekal 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan tetapi sangat penting untuk sistem badan. Protein amat penting kerana ia adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ serta tisu, dan ia merupakan komponen utama kepada hormon. Ini menunjukkan semua organ badan kita memerlukan protein untuk berfungsi.

Tapi.. saya nasihatkan ANDA TIDAK PERLU LAH MENGAMBIL ESP jika anda...

√ Tidak mempunyai JERAGAT
√ Sentiasa BERTENAGA dari pagi hingga ke malam
√ Mempunyai kulit yang CANTIK, TANPA PARUT dan sudah GLOWING
√ Sudah memiliki RAMBUT DAN KUKU yang sihat.
√ TIDAK PERNAH MIGRAIN atau TERTEKAN.
√ SUDAH KURUS!

Promosi ESP Shaklee
Poster ini hampir VIRAL di Fb.. hihihihi...
Kepada anda yang belum sempurna.. dan perlukan "bantuan" daripada makanan tambahan protein seperti ESP ni, bulan ni ada promosi tau.. tapi malangnya akan berakhir 31 Oktober ini...

Tapi jangan risau, anda masih belum terlambat, hubungi saya segera untuk best offer. Khas untuk pelanggan blog ini. Kalau nak tahu lebih banyak tentang apa yang bestnya ESP ni boleh la baca-baca kat sini.

Offernya macam dalam poster di bawah, TAPI kalau nak beli 1 pun boleh. No problem. Contact saya, dan kita deal sampai jadi!

SPECIAL PRICE ESP
Bakal berakhir lagi 2 hari.. sobs!

----------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:


Aya Chalo 
ID: 889835 
Call/SMS/Whatsapp 013-8633224
Email: littlemomo13@gmail.com
PM saya di: Facebook

OR

Add Friend di FB saya : Aya Chalo



Pengedar Shaklee Sabah | Pengedar Shaklee Kota Kinabalu | Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia
Read More

7 Ketidakselesaan Isteri Semasa Hamil Yang Suami Harus Tahu

Leave a Comment
Sepanjang tempoh kehamilan, terdapat pelbagai ketidakselesaan semasa hamil. Walaupun merisaukan, perkara ini adalah suatu perkara yang biasa. Ketidakselesaan ini disebabkan oleh perubahan hormon atau badan ibu hamil yang mengalami lebihan tekanan daripada biasa. Namun begitu, ibu hamil perlu mengambil berat tentang beberapa simptom dan suami juga harus tahu akan perkara ini.

ISTERI HAMIL


Berikut merupakan ketidakselesaan ringan yang sering dialami sepanjang tempoh kehamilan;-

GUSI BERDARAH

Ketika hamil, gusi menjadi lebih lembut dan mudah cedera. Gusi mungkin membengkak, menyebabkan plak terkumpul pada dasar gigi. Ini akan mengakibatkan penyakit gusi dan pereputan gigi dan menyebabkan gusi berdarah selepas memberus gigi. Untuk mengurangkan gangguan ini, berus dan flos gigi dengan sempurna selepas makan dan berjumpalah dengan doktor gigi.


SEMBELIT

Sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesterone mengendurkan otot usus. Oleh itu, pergerakan usus menjadi perlahan dan mengakibatkan pembuangan air besar yang keras dan kering pada sela masa yang kurang kerap dari biasa. Cara mengatasi ketidakselesaan ini adalah dengan mengambil makanan berserat tinggi dan minum air dengan banyak. Selain itu, ibu dinasihatkan untuk bersenam dengan tetap dan juga dinasihatkan mengambil zat besi selepas makan bersama air yang banyak. Pengambilan zat besi juga antara satu penyebab sembelit.


KEKEJANGAN

Faktor penyebab utama kekejangan adalah disebabkan kekurangan kalsium. Kekejangan adalah kontraksi otot yang menyakitkan biasanya pada betis dan kaki. Ini kerap berlaku pada waktu malam dan biasanya bermula jika berlaku keregangan kaki dengan jari kaki mengarah ke bawah. Untuk ketidakselesaan ini, suami boleh membantu mengurut anak betis dan kaki yang kejang. Selepas sakit beransur hilang, berjalanlah seketika untuk menggalakkan peredaran darah. Jika kekejangan kerap berlaku, berjumpalah dengan doktor dan selalunya doktor akan menasihatkan untuk mengambil nutrisi tambahan kalsium dan vitamin D.


BERASA PITAM

Tekanan darah semasa hamil menjadi lebih rendah menyebabkan ibu hamil mungkin berasa pitam. Duduk atau baring boleh mengurangkan ketidakselesaan ini. Elakkan berdiri terlalu lama dan jika berasa hendak pitam seeloknya duduk dan letakkan kepala di antara lutut sehingga berasa lebih baik. Jika berasa pitam ketika baring menelentang, cuba berdiri dengan perlahan dengan mengiring terlebih dahulu dan cuba berdiri perlahan-lahan.


KERAP MEMBUANG AIR KENCING

Pembesaran bayi di dalam kandungan mengakibatkan penambahan tekanan di pundi kencing. Ini menjadikan ibu hamil kencing dengan kerap. Elakkan minum air dengan banyak untuk mengelakkan terlalu kerap bangun ke tandas pada waktu malam. Jika pundi kencing berasa sakit ketika membuang air kencing, segeralah berjumpa dengan dokter kerana dikhuatiri mendapat jangkitan.


LOYA DAN MUNTAH

Loya dan muntah kebiasaannya merupakan tanda pertama kehamilan dan boleh berlaku pada bila-bila masa. Keadaan ini boleh menjadi lebih teruk sekiranya keletihan. Rasa loya biasanya hilang selepas minggu ke 12 kehamilan tetapi adakalanya kembali semula. Berasa loya selalunya disebabkan terhidu makanan tertentu atau asap rokok. Keadaan ini mungkin berlaku pada masa tertentu dalam sehari. Cuba makan sesuatu untuk mengelakkan muntah seperti biskut, roti bakar, buah-buahan atau air berhalia juga boleh membantu. Elakkan makanan dan bau yang mencetuskan loya. Makan sedikit tetapi kerap sepanjang hari, jangan biarkan perut kosong.


BERPELUH

Berpeluh berpunca daripada perubahan hormon dan pengaliran darah ke kulit yang bertambah sepanjang kehamilan. Selalunya peluh akan merembes keluar walaupun hanya menggunakan sedikit tenaga atau berasa panas pada waktu malam. Gunakan pakaian kapas dan longgar untuk keselesaan. Penghawa dingin amat digalakkan :)

Semoga info ini sedikit sebanyak dapat membantu bakal ibu untuk memahami perubahan diri dan buat bakal ayah, silalah fahami ketidakselesaan isteri anda di sepanjang tempoh kehamilan ini. Bantu la mana yang mampu, tentu isteri anda sangat menghargainya.

Sebagai tambahan, Shaklee menyediakan nutrisi kehamilan semulajadi yang dapat membantu mengurangkan rasa ketidakselesaan ibu hamil disamping memberikan nutrisi lengkap buat bayi di dalam kandungan.

Berikan yang terbaik buat isteri dan bayi anda :)

----------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:


Aya Chalo 
ID: 889835 
Call/SMS/Whatsapp 013-8633224
Email: littlemomo13@gmail.com
PM saya di: Facebook

OR

Add Friend di FB saya : Aya Chalo



Pengedar Shaklee Sabah | Pengedar Shaklee Kota Kinabalu | Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia
Read More

SORRY BOS, SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA

Leave a Comment
Alhamdulillah.. hari ni terasa ingin berkongsi kisah perjalanan di dalam Shaklee. Siapa sangka dari seorang yang tidak percayai apa itu MLM atau Network Marketing bertukar menjadi pencinta kepada bisnes ini. Siapa sangka melalui bisnes ini saya mampu untuk bercuti TANPA gaji hampir setahun dan jika tiada aral melintang tarikh lapor diri saya pada Disember ini BAKAL menjadi hari terakhir saya bergelar Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi. Doakan saya :)

Kisahnya bermula hanya kerana masalah Anemia @ Hb rendah semasa mengandung anak ke-3 pada penghujung tahun 2012. Saya bukanlah orang yang suka makan vitamin. Ketika mengandung saja saya rajin makan vitamin yang diberikan dari klinik. Itu pun sebab kasihankan baby di dalam perut. Tapi kerana ANEMIA inilah saya TERBUKA pintu hati untuk mencuba Produk Shaklee yang sungguh berkesan ke atas diriku setelah berbulan-bulan mencuba vitamin tambah darah dari klinik. Kisahnya saya ceritakan di dalam entry ni Cara Mudah Mengatasi Anemia Ketika Mengandung.

Setiap yang berlaku sesungguh ada hikmahnya. Siapa sangka dengan Anemia ini lah, saya mampu untuk duduk di rumah menjaga anak sendiri tanpa bantuan pembantu rumah. Bagai tidak percaya.

Saya cuma berkongsi kebaikan Set Mengandung Shaklee disebabkan rasa TAKJUB kerana dalam masa 2 minggu sahaja bacaan Hb saya boleh meningkat ke NORMAL. Dengan sekadar berkongsi suka-suka melalui status akhirnya menjadikan saya seorang Master Coordinator iaitu rank tertinggi di dalam bisnes Shaklee. Alhamdulillah...

Walaupun perjalanan nampak mudah iaitu lebih kurang 1 tahun mencapai rank Master Coordinator tersebut, tapi sebenarnya pada setiap rank dan setiap kali bertambahnya ahli di dalam Empayar POLLUX FAMILY saya menjadikan saya SEDAR akan tanggungjawab yang saya galas dan sekaligus menjadikan saya komited pada setiap detik untuk membawa ahli POLLUX FAMILY bersama-sama ke arah FREEDOM (masa, kewangan) dan membantu lebih ramai insan di luar sana.

Kenangan bersama sebahagian POLLUX Family yang hadir.

Kunci utama mengapa saya bersungguh-sungguh di dalam bisnes ini adalah kerana saya lihat TERLALU BANYAK peluang yang ditawarkan oleh bisnes ini (Cash, Cars, Convention). Selain daripada Syarikat yang stabil iaitu berada di dunia hampir 58 tahun di dunia, mempunyai PRODUK NUTRISI SEMULAJADI yang terbaik, serta sistem perniagaan yang bagus dan adil serta dinaungi oleh Leader yang Hebat. Jalan telah terbentang luas, kita hanya perlu start enjin dan memecut di atas landasan tersebut.

Selain itu, kisah hidup zaman membesar juga banyak mempengaruhi mengapa saya sangat komited pada setiap masa terhadap bisnes ini. Anda bole mengetahui 1 daripada 1001 kisah saya di dalam Kisah Kerepek Pisang ini. Keinginan untuk mengubah nasib keluarga ini telah terpahat di dalam hati sejak dulu, dan siapa sangka melalui Shaklee saya mampu memberikan ibu bapa saya duit poket 4 angka sebulan. Alhamdulillah kini ibu saya tidak perlu keluar bekerja mencari sesuap nasi :)

Sesi sharing Kisah Kerepek Pisang yang membuatkan 1 dewan menitiskan air mata. Maafkan saya :)

Kini.. hampir dua tahun berlalu, TERLALU banyak yang Allah berikan kepada saya melalui Shaklee.. bukan saja kesihatan suami dan anak-anak semakin baik (jika dulu tidak sah sebulan pasti ke klinik), tapi rasa kepuasan yang tidak dapat digambarkan apabila melihat downline yang dapat meningkatkan sumber pendapatan setiap bulan (tidak kira secara part-time atau full-time), downline yang dapat resign untuk membuat biz ini secara fulltime, downline yang dapat bercuti tanpa gaji, downline yang boleh bercuti ke sana ke mari, sehingga ke downline yang sekadar mahu menambah duit poket bulanan sebanyak RM200 sebulan. Alhamdulillah itulah kepuasan bila menjalankan bisnes ini dengan bersungguh-sungguh.

Nasihat saya kepada anda yang mahu mencari EXTRA INCOME setiap bulan atau mahu bertukar kerjaya sebagai Work At Home Mom dengan income 5 angka, Network Marketing merupakan 1 model perniagaan yang mudah untuk dijalankan dan diikiraf oleh ramai jutawan antaranya Donald Trump, Robert Kiyosaki dan Dr. Azizan Osman sendiri. Tapi pastikan anda konsider beberapa perkara sebelum investkan modal anda.

Pertama, pastikan anda mulakan dengan modal yang kecil. Selalunya ini dipanggil sebagai Yuran Pendaftaran untuk anda layak dipanggil Distributor. Modal besar berpuluh-puluh ribu tu cuba elakkan.

Kedua, pastikan Syarikat yang anda pilih itu adalah syarikat yang bagus, telah lama beroperasi dan establish.

Ketiga, pastikan produk yang dipasarkan adalah produk yang dapat menambah nilai kehidupan seseoarang dan sentiasa mendapat permintaan, bukan bermusim.

Keempat, sistem perniagaan yang patuh syariah.. bukan sistem piramid, bukan sistem cepat kaya. Kekayaan tidak akan datang bergolek, kena usaha baru la terasa manisnya setiap sen yang diperolehi.

Kelima, pastikan anda memilih mentor yang dapat membawa anda bersama-samanya ke puncak kejayaan. Mentor yang komited dan bersungguh-sungguh, yang sentiasa memegang tangan anda pada setiap masa, yang tunjukkan jalan ketika sesat. Bisnes hebat tetapi jika memilih mentor yang salah tidak akan membawa anda ke mana-mana. Boleh juga dapat Tips Memilih Upline dari entry ni.

Setiap apa yang kita lakukan carilah SEBAB agar kita terus bersungguh-sungguh. Sedetik kita leka ingatlah kembali SEBAB itu agar kita terus melangkah.

Hidup ini adalah hasil daripada pilihan-pilihan yang kita pilih. Maka corakkanlah ia dengan warna-warna yang indah. Jadikan kesusahan, kesukaran masa lampau sebagai sebab untuk melonjak lebih tinggi... jadikan ia sebagai satu azimat supaya kita tidak mudah kalah dan berputus asa.

Tiada siapa yang boleh mengubah nasib diri melainkan diri sendiri.

Dan... kerana itu, Disember 2014 merupakan detik bersejarah dalam hidup kami suami isteri, keputusan telah dibuat dan disebabkan Shaklee, terpacul jua kata-kata ini "Sorry Bos, Saya Terpaksa Berhenti Kerja" :)

Semoga saya dan suami dapat membantu lebih ramai insan di luar sana yang mahukan "FREEDOM".

Poster Kenangan.

Kenangan semasa Master Coordinator Celebration pada 19 Oktober 2014 setelah setahun bergelar Master Coordinator.
Alhamdulillah....

See You At The TOP! Be a CHAMPION!

----------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:


Aya Chalo 
ID: 889835 
Call/SMS/Whatsapp 013-8633224
Email: littlemomo13@gmail.com
PM saya di: Facebook

OR

Add Friend di FB saya : Aya Chalo



Pengedar Shaklee Sabah | Pengedar Shaklee Kota Kinabalu | Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia
Read More

Vitamin Shaklee: Tablet, Kapsul, Cecair atau Serbuk?

Leave a Comment

Kisah Shaklee bermula sejak 60 tahun yang lalu bilamana Dr.Forrest C. Shaklee telah mencetuskan fenomena untuk hidup dengan lebih sihat. Shaklee merupakan syarikat nutrisi semulajadi No.1 di Amerika Syarikat dan kini, Shaklee semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Terdapat Empat Rangkaian Produk Shaklee, iaitu;-

1. Pemakanan Sihat

- Rangkaian Pemakanan Sihat terdiri daripada 25 produk yang berfungsi sebagai Nutrisi Asas, Anti-Penuaan, Anti-Oksidan, Kesihatan Tulang, Kesihatan Jantung, Kesihatan Pencernaan, Kesihatan Hati, Kesihatan Wanita, Sokongan Imun, Nutrisi Sukan dan Nutrisi Kanak-kanak.

2. Penjagaan Berat Badan

- Rangkaian Berat Badan pula terdiri daripada 2 produk Cinch iaitu Cinch Energy Tea Mix dan Cinch Shake Mix tiga perisa iaitu Vanilla, Cafe Latte dan Chocolate.

3. Penjagaan Diri dan Kecantikan

- Rangkaian Penjagaan Diri dan Kecantikan terbahagi kepada3 kategori iaitu Produk Penjagaan Kulit, Penjagaan Rambut dan Penjagaan Harian. Produk penjagaan kulit terdiri daipada NutriWhite dan Enfuselle. Manakala Prosente adalah produk penjagaan rambut, dan Herbal Blend pula adalah produk untuk penjagaan harian.

4. Penjagaan Rumah.

- Rangkaian Penjagaan Rumah terdiri daripada 5 produk iaitu, Water Pitcher, Pencuci Pinggan, Pencuci Serbaguna, Pencuci Kain dan Pelembut Kain yang sangat istimewa kerana tanpa toksik dan selamat untuk kulit sensitif.

----------

Entry kali ini adalah berkenaan Rangkaian Produk Pemakanan Sihat Shaklee. Ramai yang mahu mencuba produk Shaklee namun sering tertanya-tanya, bagaimana bentuk ataupun bentuk fizikal vitamin-vitamin Shaklee. Adakah iainya terdiri daripada Tablet? Kapsul? Cecair atau Serbuk?

So, hari ini saya akan kongsikan, rupa ataupun bentuk fizikal vitamin shaklee yang saya amalkan :)

Vitamin yang dah habis setakat ni saya akan sertakan gambar produk saja ya.. next time saya update.

NUTRISI ASAS
Set Kurus Shaklee


B Complex

Chewable Vitamin C

Energising Soy Protein ESP Shaklee

Set Kurus

Vitamin C Shaklee

Multivitamin Shaklee

Zink Shaklee

ANTI-PENUAAN

Vivix Promosi Shaklee

ANTI-OKSIDAN

Vitamin Rabun Shaklee

KESIHATAN TULANG


Kalsium Shaklee
Set Tulang Shaklee


KESIHATAN JANTUNG

CoQHealth Shaklee

Garlic Shaklee

Omega untuk Otak

Rendahkan kolestrol


KESIHATAN PENCERNAAN

Detox Shaklee


Kembung perut shaklee


KESIHATAN WANITA

Fibroid Haid tidak teratur

NUTRISI KANAK-KANAK

Vitamin kanak-kanak


NUTRISI SUKAN

Performance Drink

PERBEZAAN VITAMIN SHAKLEE

Bcomplex Shaklee


Gambar atas ni menunjukkan perbezaan kebesaran botol vitamin. Overall ada 3 jenis saiz botol untuk vitamin.


Carotomax


Beza CoQHealth dan Carotomax. Dalam ni nampak sama sahaja, tapi sebenarnya CoQHealth lebih berwarna kecoklatan manakala Carotomax agak kemerah-merahan sedikit.



Garlic Shaklee


Sama tapi tidak serupa. Garlic punyai bintik-bintik yang agak jelas di permukaan, manakala Vitamin C tiada bintik atau bintik halus-halus ja.



Omega Shaklee


GLA dan Omega Guard pula. Hampir sama tapi warna kekuningan GLA lebih pekat berbanding Omega.

Peppermint Ginger Shaklee


Peppermint Ginger dan Alfalfa. Peppermint lebih tebal dan lebih cerah, manakal Alfalfa sebaliknya.




Herblax pula mempunyai warna hijau lebih gelap berbanding Peppermint Ginger Plus.
Sebenarnya bau antara keduanya juga agak berbeza. Peppermint wangiiii :)

Mealshakes Promo Shaklee


Beza Meal Shakes dan ESP. Serbuk Meal Shakes agak keputihan sedikit berbanding ESP. Tapi kedua2nya ada persamaan iaitu SEDAP!!


Ini pula Vitamin-vitamin sendiri yang dah habis stock. Next time saya share macamana rupa bentuk dia ya? Buat masa sekarang saya cedok ja gambar dari website Shaklee Malaysia. :)

Collagen Powder Shaklee
Anti-Penuaan: Collagen Powder. Berbentuk serbuk dan diletakkan di dalam sachets secara berasingan.


Nutrisi Asas: Vitamin E. Berbentuk Kapsul dan warna keunguan.
Nutriferon Shaklee
Sokongan Imun: Nutriferon. Berbentuk serbuk. Terletak di dalam sachets kecik comey yang mudah dibawa ke mana-mana sebagai immune booster.

DTX Shaklee
Kesihatan Hati: DTX Complex. Berbentuk tablet. Penting untuk detox hati dan untuk meningkatkan kesihatan hati. Yang ada penyakit Hepatitis B sangat sesaui amalkan vitamin ni.

Ok, itu saja perkongsian hari ni. Harap dapat membantu anda samada customer atau pengedar shaklee dalam konsultansi kepada pelanggan.

Jumpa lagi!

----------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:


Aya Chalo 
ID: 889835 
Call/SMS/Whatsapp 013-8633224
Email: littlemomo13@gmail.com
PM saya di: Facebook

OR

Add Friend di FB saya : Aya Chalo



Pengedar Shaklee Sabah | Pengedar Shaklee Kota Kinabalu | Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home