SORRY BOS, SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA

Leave a Comment
Alhamdulillah.. hari ni terasa ingin berkongsi kisah perjalanan di dalam Shaklee. Siapa sangka dari seorang yang tidak percayai apa itu MLM atau Network Marketing bertukar menjadi pencinta kepada bisnes ini. Siapa sangka melalui bisnes ini saya mampu untuk bercuti TANPA gaji hampir setahun dan jika tiada aral melintang tarikh lapor diri saya pada Disember ini BAKAL menjadi hari terakhir saya bergelar Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi. Doakan saya :)

Kisahnya bermula hanya kerana masalah Anemia @ Hb rendah semasa mengandung anak ke-3 pada penghujung tahun 2012. Saya bukanlah orang yang suka makan vitamin. Ketika mengandung saja saya rajin makan vitamin yang diberikan dari klinik. Itu pun sebab kasihankan baby di dalam perut. Tapi kerana ANEMIA inilah saya TERBUKA pintu hati untuk mencuba Produk Shaklee yang sungguh berkesan ke atas diriku setelah berbulan-bulan mencuba vitamin tambah darah dari klinik. Kisahnya saya ceritakan di dalam entry ni Cara Mudah Mengatasi Anemia Ketika Mengandung.

Setiap yang berlaku sesungguh ada hikmahnya. Siapa sangka dengan Anemia ini lah, saya mampu untuk duduk di rumah menjaga anak sendiri tanpa bantuan pembantu rumah. Bagai tidak percaya.

Saya cuma berkongsi kebaikan Set Mengandung Shaklee disebabkan rasa TAKJUB kerana dalam masa 2 minggu sahaja bacaan Hb saya boleh meningkat ke NORMAL. Dengan sekadar berkongsi suka-suka melalui status akhirnya menjadikan saya seorang Master Coordinator iaitu rank tertinggi di dalam bisnes Shaklee. Alhamdulillah...

Walaupun perjalanan nampak mudah iaitu lebih kurang 1 tahun mencapai rank Master Coordinator tersebut, tapi sebenarnya pada setiap rank dan setiap kali bertambahnya ahli di dalam Empayar POLLUX FAMILY saya menjadikan saya SEDAR akan tanggungjawab yang saya galas dan sekaligus menjadikan saya komited pada setiap detik untuk membawa ahli POLLUX FAMILY bersama-sama ke arah FREEDOM (masa, kewangan) dan membantu lebih ramai insan di luar sana.

Kenangan bersama sebahagian POLLUX Family yang hadir.

Kunci utama mengapa saya bersungguh-sungguh di dalam bisnes ini adalah kerana saya lihat TERLALU BANYAK peluang yang ditawarkan oleh bisnes ini (Cash, Cars, Convention). Selain daripada Syarikat yang stabil iaitu berada di dunia hampir 58 tahun di dunia, mempunyai PRODUK NUTRISI SEMULAJADI yang terbaik, serta sistem perniagaan yang bagus dan adil serta dinaungi oleh Leader yang Hebat. Jalan telah terbentang luas, kita hanya perlu start enjin dan memecut di atas landasan tersebut.

Selain itu, kisah hidup zaman membesar juga banyak mempengaruhi mengapa saya sangat komited pada setiap masa terhadap bisnes ini. Anda bole mengetahui 1 daripada 1001 kisah saya di dalam Kisah Kerepek Pisang ini. Keinginan untuk mengubah nasib keluarga ini telah terpahat di dalam hati sejak dulu, dan siapa sangka melalui Shaklee saya mampu memberikan ibu bapa saya duit poket 4 angka sebulan. Alhamdulillah kini ibu saya tidak perlu keluar bekerja mencari sesuap nasi :)

Sesi sharing Kisah Kerepek Pisang yang membuatkan 1 dewan menitiskan air mata. Maafkan saya :)

Kini.. hampir dua tahun berlalu, TERLALU banyak yang Allah berikan kepada saya melalui Shaklee.. bukan saja kesihatan suami dan anak-anak semakin baik (jika dulu tidak sah sebulan pasti ke klinik), tapi rasa kepuasan yang tidak dapat digambarkan apabila melihat downline yang dapat meningkatkan sumber pendapatan setiap bulan (tidak kira secara part-time atau full-time), downline yang dapat resign untuk membuat biz ini secara fulltime, downline yang dapat bercuti tanpa gaji, downline yang boleh bercuti ke sana ke mari, sehingga ke downline yang sekadar mahu menambah duit poket bulanan sebanyak RM200 sebulan. Alhamdulillah itulah kepuasan bila menjalankan bisnes ini dengan bersungguh-sungguh.

Nasihat saya kepada anda yang mahu mencari EXTRA INCOME setiap bulan atau mahu bertukar kerjaya sebagai Work At Home Mom dengan income 5 angka, Network Marketing merupakan 1 model perniagaan yang mudah untuk dijalankan dan diikiraf oleh ramai jutawan antaranya Donald Trump, Robert Kiyosaki dan Dr. Azizan Osman sendiri. Tapi pastikan anda konsider beberapa perkara sebelum investkan modal anda.

Pertama, pastikan anda mulakan dengan modal yang kecil. Selalunya ini dipanggil sebagai Yuran Pendaftaran untuk anda layak dipanggil Distributor. Modal besar berpuluh-puluh ribu tu cuba elakkan.

Kedua, pastikan Syarikat yang anda pilih itu adalah syarikat yang bagus, telah lama beroperasi dan establish.

Ketiga, pastikan produk yang dipasarkan adalah produk yang dapat menambah nilai kehidupan seseoarang dan sentiasa mendapat permintaan, bukan bermusim.

Keempat, sistem perniagaan yang patuh syariah.. bukan sistem piramid, bukan sistem cepat kaya. Kekayaan tidak akan datang bergolek, kena usaha baru la terasa manisnya setiap sen yang diperolehi.

Kelima, pastikan anda memilih mentor yang dapat membawa anda bersama-samanya ke puncak kejayaan. Mentor yang komited dan bersungguh-sungguh, yang sentiasa memegang tangan anda pada setiap masa, yang tunjukkan jalan ketika sesat. Bisnes hebat tetapi jika memilih mentor yang salah tidak akan membawa anda ke mana-mana. Boleh juga dapat Tips Memilih Upline dari entry ni.

Setiap apa yang kita lakukan carilah SEBAB agar kita terus bersungguh-sungguh. Sedetik kita leka ingatlah kembali SEBAB itu agar kita terus melangkah.

Hidup ini adalah hasil daripada pilihan-pilihan yang kita pilih. Maka corakkanlah ia dengan warna-warna yang indah. Jadikan kesusahan, kesukaran masa lampau sebagai sebab untuk melonjak lebih tinggi... jadikan ia sebagai satu azimat supaya kita tidak mudah kalah dan berputus asa.

Tiada siapa yang boleh mengubah nasib diri melainkan diri sendiri.

Dan... kerana itu, Disember 2014 merupakan detik bersejarah dalam hidup kami suami isteri, keputusan telah dibuat dan disebabkan Shaklee, terpacul jua kata-kata ini "Sorry Bos, Saya Terpaksa Berhenti Kerja" :)

Semoga saya dan suami dapat membantu lebih ramai insan di luar sana yang mahukan "FREEDOM".

Poster Kenangan.

Kenangan semasa Master Coordinator Celebration pada 19 Oktober 2014 setelah setahun bergelar Master Coordinator.
Alhamdulillah....

See You At The TOP! Be a CHAMPION!

----------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:


Aya Chalo 
ID: 889835 
Call/SMS/Whatsapp 013-8633224
Email: littlemomo13@gmail.com
PM saya di: Facebook

OR

Add Friend di FB saya : Aya Chalo



Pengedar Shaklee Sabah | Pengedar Shaklee Kota Kinabalu | Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment