Pam Susu Untuk Ibu Bekerjaya: Mana Satu Nak Pilih Ni?

Leave a Comment
Perjalanan bergelar ibu menyusu yang bekerja sepenuh masa ternyata bukanlah mudah. Namun, kejayaan penyusuan susu ibu sebenarnya banyak dipengaruhi oleh diri sendiri. Niat menyusukan sejak mengandung amatlah penting dan 90% kejayaan penyusuan susu ibu adalah bergantung kepada niat ini selain daripada sokongan orang sekeliling.


Pam susu pilihan
Sokongan yang boleh dibuat di pejabat
Antara satu tips untuk menjayakan penyusuan susu ibu ini adalah dengan pemilihan pam susu yang bagus. Kini, terdapat pelbagai brand di pasaran dengan harga yang murah sehingga mencecah ribuan ringgit.

Bagi ibu bekerjaya, gajet penyusuan seperti ini adalah antara satu keperluan yang utama dan sangat penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

Kebanyakan ibu bekerjaya menggunakan pam susu bermula ketika pantang (untuk mengumpul stok susu ibu) sehingga seusia dengan anak yang menyusu iaitu selama lebih kurang 6 bulan (penyusuan ekslusif) dan diteruskan sehingga 2 tahun.


Mengapa ibu bekerjaya memerlukan pam susu?
  • Mengumpul stok ketika berpantang sebagai persediaan bekerja kelak.
  • Memudahkan ketika outstation. Untuk memastikan supply susu sentiasa ada, pam susu amat diperlukan untuk mengepam susu menggantikan hisapan bayi. Susu yang dipam boleh dijadikan stok. Ini juga untuk mengelakkan bengkak susu atau pengurangan supply susu.
  • Untuk sesi mengepam di tempat kerja. 

Pam Susu mempunyai ciri-ciri berikut;-

1. Jenis Pam

Terdapat beberapa jenis pam susu iaitu Manual, Elektik serta Elektrik & Bateri.
  • PAM MANUAL -  adalah pam yang memerlukan tangan untuk menekan pam sepanjang sesi mengepam. Kekurangannya, ia mengambil banyak masa, tenaga ibu dan agak melenguhkan.
  • PAM ELEKTRIK - ialah pam yang memerlukan tenaga elektrik. Juga terdapat dalam bentuk elektrik dan bateri. Pam jenis ini amat mudah dan lebih menjimatkan masa dan tenaga ibu bekerja.

2. Pam Elektrik Double Pumping atau Single Pumping
  • Pam Elektrik terdapat dalam 2 jenis iaitu Double Pumping atau Single Pumping. Untuk ibu bekerja, memiliki pam yang boleh digunakan secara serentak amat digalakkan untuk menjimatkan masa. 
  • Ibu juga perlu memilih pam yang dapat meniru seperti hisapan bayi.
Terdapat juga pam susu yang boleh ditukarkan daripada elektik pam ke pam manual seperti Unimom Allegro atau daripada single pumping ke double pumping seperti Spectra 3. Ibu hanya perlu membeli switch kit atau aksesori tambahan.

Tips Memilih Pam Susu Yang Berkualiti

  • Tekanan pam: ada ibu yang menggemari hisapan kuat, ada yang perlahan. Memilih pam yang mempunyai panel laras jenis hisapan adalah yang terbaik.
  • Cara pam berfungsi
  • Tidak menyakitkan
  • Tempoh jangka hayat penggunaan yang lama
  • Tahan lasak
  • Mudah dibawa, ringan
  • Boleh menggunakan bateri
  • Aksesori sedikit dan mudah dibasuh
  • Bunyi mesin yang tidak mengganggu ketika mengepam
  • Review pengguna (penting tau, survey dulu sebelum beli)
  • Harga mengikut kemampuan
Ciri-ciri di atas amat penting dan bergantung kepada komitmen kerja ibu menyusu. Memilih pam yang memenuhi ciri-ciri di atas sangat penting untuk memudahkan proses pengepaman di pejabat.

Terdapat pelbagai pilihan Pam Susu di Pasaran, antara pilihan HOT Ibu Bekerjaya adalah:-

Double Pump: Medela Freestyle


Spectra S2
Double Pump: Spectra S2
Avent

Avent Natural Comfort Double Electric Breast Pump
Set Menyusu Shaklee
Rumble Tuff Electric Breast Pump

Convertible Manual Breast Pump
Convertible Pump: Unimom Allegro Electric Breast Pump
Pam Menyusu Ibu Bekerja
Autumnz Bliss Single Electric Breast Pump
Manual Breast Pump
Medela Manual Breast Pump
Avent Manual Breast Pump
Autumz Joy Manual Breast Pump

Sekarang ni dah ada pelbagai pilihan buat anda. Pilih secara teliti dan pastikan memenuhi keperluan dan mengikut budget anda.

Jika anda mahu sentiasa cergas dan bertenaga sebagai ibu menyusu, anda boleh dapatkan info penyusuan di entry penyusuan ini.

Selamat menyusukan bayi anda!


----------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut berkenaan Shaklee:


Aya Chalo 
ID: 889835 
Call/SMS/Whatsapp 013-8633224
Email: littlemomo13@gmail.com
PM saya di: Facebook

OR

Add Friend di FB saya : Aya Chalo

Pengedar Shaklee Sabah | Pengedar Shaklee Kota Kinabalu | Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment