Kisah Kerepek Pisang MasCelAyaSam Yang Buat Separuh Dewan Menitiskan Airmata

Leave a Comment
Alhamdulillah. Video Sharing ketika Master Coordinator Celebration saya dan suami pada 19 Oktober lepas... Sejujurnya saya tidak pernah cerita Kisah Kerepek Pisang pada mana-mana sesi Sharing di Majlis yang Shaklee anjurkan. Saya pernah diminta untuk menyampaikan Success Sharing ketika Motivation & Recognition Rally pada November tahun lepas, dan juga yang terbaru pada Hari Raya Celebration Shaklee. Kisah ini tidak ramai yang tahu.. namun pernah sekali saya kongsikan di Timeline Facebook saya. Kalau line slow tak boleh play video tu boleh baca di timeline saya.

Aya Chalo
Bertambah emosi disebabkan mengandung, huhu...

Sejak kecil saya hidup susah. Bila bapa meninggalkan kami pada usia saya 6 tahun. Sebaya dengan anak saya Faeq ketika ini. Apalah sangat yang saya mengerti. Mama pula hanya surirumah ketika itu. Kami 4 beradik dibesarkan hanya dengan titisan keringat mama. Waktu kecik tidak terasa sangat kesusahan tu. Seingat saya pada usia 8 tahun saya sudah mula membantu mama berniaga. Mengangkat 1 bakul kuih gelang (donat) untuk dijual di sekolah. Berjalan kaki melalui jalan gravel sepanjang 2km pergi balik. Semua itu ditempuhi dengan gembira. Dan saya enjoy setiap hujung minggu membantu mama saya menjual, dan juga dapat meningkatkan skill matematik saya. Hehe...

Sampai ketika bersekolah menengah. Kesusahan semakin menghimpit apabila kami 4 beradik serentak berada di Sekolah Menengah. Ketika menunggu result SPM pun saya masih sibuk membantu mama saya menjual, jual fishball di Kota Belud, subuh-subuh saya la temankan mama saya turun ke Tamu, buka gerai, dan juga sempat saya ke Tambunan bersama mama untuk menjual di Tamu Tambunan. Ni pun antara 1 kenangan yang tidak boleh saya lupakan, sebab 1st time tidur dalam Van penuh dengan barang-barang jualan, sejuk pula tu. Hihihi...

Kisah Kerepek Pisang inilah menjadi titik perubahan dalam hidup saya, dan ada 1 kisah lagi sebenarnya. Biarlah saya simpan manatau dijemput untuk buat sharing lagi selepas ni. Hihihhii... Kisah Kerepek Pisang ni betul-betul  menjadikan siapa diri saya sekarang. Menjadikan saya orang yang lebih bersungguh-sungguh dan tidak kenal putus asa. Kerana saya tahu, tiada orang lain yang dapat mengubah nasib diri melainkan diri saya sendiri. 

Saya tahu kita masing-masing ada kisah sedih ketika membesar. Ia banyak mencorakkan siapa diri kita sekarang namun memerlukan pilihan yang betul.

Hayati perkongsian saya yang tidak seberapa ini. Inilah Kisah Kerepek Pisang yang membuatkan majoriti hadirian di Master Coordinator Celebration kami menitiskan air mata :)

 

Selesai membuat sharing, tidak sangka suami turut menitiskan air mata. Hihihi.. 1st time saya tengok suami menangis.. dan yang sebenarnya dia pun tidak tahu kisah ni :)

Sedikit gambar kenangan ketika majlis tu... Thanks kepada my POLLUX leaders yang membuat kejutan dan juga terima kasih kepada rakan-rakan Master yang hadir :)

Persembahan lagu "Standing In The Eyes Of The World" daripada POLLUX Leader. Sepatutnya lagu ni berikan semangat, tapi saya kat bawah suda start menitiskan air mata. Hihihi.. ini semua salah mengandung. Haha..
Hadiah daripada my POLLUX Leader. I Love You all.
muax muax


Terima kasih kepada semua rakan-rakan Masters yang hadir.
Terima kasih kerana menonton dan membaca sehingga habis :)

----------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut berkenaan Shaklee:


Aya Chalo 
ID: 889835 
Call/SMS/Whatsapp 013-8633224
Email: littlemomo13@gmail.com
PM saya di: Facebook

OR

Add Friend di FB saya : Aya Chalo

Pengedar Shaklee Sabah | Pengedar Shaklee Kota Kinabalu | Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment